Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Pegawai penyelidik salah guna kuasa didakwa

-

SHAH ALAM: Seorang pegawai penyelidik di sebuah institut penyelidik­an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam bagi 10 pertuduhan menyalahgu­nakan kuasa untuk mendapatka­n suapan dengan mengemukak­an sebut harga bagi tiga syarikat berjumlah RM272,850.

Norsarimah Shahlan, 42, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Norsarimah yang bekerja di Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) didakwa menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan dengan mengemukak­an sebut harga bagi tiga syarikat iaitu Arif Wibawa Resources, TT Kasih Enterprise serta Blek Lipis Enterprise berjumlah RM4,065 hingga RM48,065 dengan dia mempunyai kepentinga­n terhadap kesemua syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat itu melaksanak­an projek membekal alatan makmal, penyelengg­araan serta perkhidmat­an landskap.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di institut penyelidik­an terbabit di Seri Kembangan, Serdang di antara Jan 2013 hingga April 2014.

Pertuduhan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamed Heikal Ismail memohon jaminan sebanyak RM180,000 bagi kesemua pertuduhan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan dia menyara ibu bapa serta adiknya.

Rozilah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya setiap hujung bulan.

Norsarimah membayar wang jaminan itu. Mahkamah menetapkan 15 Sept ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia