Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tangguh operasi SAR kru USS John S Mccain

-

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menangguhk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) USS John S McCain yang hilang pada 8.30 malam kelmarin, kata Ketua Pengarahny­a Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar.

Katanya, APMM selaku koordinato­r SAR bagi Malaysia menangguhk­an operasi itu susulan daripada Hal Ehwal Awam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika yang berhasrat menangguhk­an sementara operasi mencari di laut bagi menumpukan usaha pencarian di dalam kapal USS John S McCain.

“Sebelum ini pihak Tentera Laut AS melaporkan pasukan penyelam mereka telah menemukan satu mayat anak kapal di dalam perut kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beiau berkata operasi SAR akan yang terdiri daripada APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut dan Tentera Darat Malaysia itu diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu sembilan kru kapal yang masih belum ditemui selepas pihak Amerika Syarikat menjalanka­n pencarian di dalam badan kapal terbabit.

Operasi melebihi 83 jam itu meliputi kawasan pencarian seluas 4,926 kilometer persegi (2,660 batu nautika) di timur perairan Johor melibatan lebih 500 anggota, sembilan kapal serta lima pesawat.

“Semua aset unit SAR Malaysia diletakkan di bawah siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa apabila Maritime Rescue Sub Centre, Johor Bahru mengumumka­n Operasi SAR diaktifkan semula,” kata Zulkifili. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia