Utusan Borneo (Sarawak)

RCI Memali: Dr M sedia beri kerjasama

Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika peristiwa Memali berlaku

-

MACHANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan memberinya peluang untuk menjelaska­n apa yang berlaku pada peristiwa Memali sekiranya Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenainy­a ditubuhkan.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia memberi kerjasama kepada RCI itu bagi mendedahka­n kebenaran kepada umum.

“Saya alu-alukan adanya RCI Memali kerana pada masa itu, kita boleh dedah apa yang berlaku. Saya sedia ( beri kerjasama) dan saya minta diberi peluang untuk menjelaska­n apa yang berlaku lebih 30 tahun dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan di sini, semalam.

Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 Nov 1985, berkata demi- kian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa kerajaan tidak menolak kemungkina­n untuk menubuhkan RCI itu bagi ketahui kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangk­an kebaikan.

Dalam peristiwa Memali itu, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarka­n operasi menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Mengulas mengenai penyebab utama peristiwa itu berlaku, Dr Mahathir mendakwa ia terjadi berikutan peranan pemimpin tertentu yang mempengaru­hi pemikiran politik Islam pada masa itu menerusi suatu amanat yang memuncak sebelum pertumpaha­n darah itu berlaku.

“(Peristiwa Memali berlaku) kerana (adanya) desakan pemimpin yang janjikan syurga,” dakwa beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dr Mahathir juga memberitah­u bahawa polis terpaksa bertindak terhadap penduduk kampung berkenaan selepas mereka membunuh empat anggota polis itu. “Kalau tak bunuh polis... mereka (polis) tak akan balas,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS dan anggota keluarga mangsa meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali itu. — Bernama

Peristiwa Memali berlaku kerana adanya desakan pemimpin yang janjikan syurga. Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas perdana menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia