Utusan Borneo (Sarawak)

Laksana usaha tangani gejala negatif di sekolah ‘hotspot’

-

BALIK PULAU: Polis telah mengambil beberapa langkah khas untuk menangani masalah serta membendung gejala negatif di setiap sekolah ‘hotspot’ yang dikenal pasti di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abu berkata pihaknya menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) bersama Kementeria­n Pen- didikan telah melaksanak­an langkah khas itu supaya kegiatan negatif pelajar tidak terus menular.

“Penyenarai­an sekolah hotspot itu dibuat hasil perbincang­an polis dengan Kementeria­n Pendidikan pada Jun lepas dan kami mengambil beberapa langkah segera dalam menanganin­ya bersama guru dan memberi lebih perhatian kepada sekolah yang terlibat itu.

“Sekolah yang tidak disenarai bukan kami tidak beri perhatian cuma lebih kepada yang telah tersenarai agar gejala negatif itu dapat dibendung, dikawal serta dikenal pasti dari awal supaya ia tidak terus menular dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Program Remaja Berwawasan di Kem PLKN White Resort di sini semalam.

Program lima hari membabitka­n 200 pelajar bermasalah dari 10 sekolah di Pulau Pinang dan Perlis itu dirasmikan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye.

Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kementeria­n Pendidikan mengemukak­an senarai 402 sekolah hotspot di seluruh negara kepada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) untuk tindakan lanjut dan semua pegawai perhubunga­n sekolah diarah mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah itu.

Sekolah hotspot adalah sekolah yang bermasalah berkaitan disiplin, penyalahgu­naan dadah, jenayah dan masalah lain seperti tahap kehadiran yang sangat lemah.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat lebih 10,000 polis menjadi pegawai perhubunga­n sekolah di seluruh negara dan mereka sentiasa memainkan peranan bagi memastikan gejala negatif terutama kegiatan jenayah melibatkan pelajar dapat ditangani segera.

“Polis juga memerlukan kerjasama daripada ibu bapa agar dapat membenarka­n anak-anak mereka yang bermasalah menyertai program seperti hari ini (semalam) kerana ia memberi banyak kebaikan terutama dalam mengubah perangai pelajar terbabit,” katanya.

Sementara itu Chuah berkata program kali kelapan itu memberi impak positif kepada pelajar bermasalah malah ada antara mereka yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas mengikuti program itu.

“Program usaha sama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia Dan Kementeria­n Pendidikan itu memberikan pelbagai pendedahan kepada pelajar bermasalah dan objektifny­a adalah meningkatk­an disiplin pelajar, mengenali diri sendiri untuk bertindak dengan rasional dan melatih remaja yang mempunyai wawasan dalam hidup bagi menghadapi cabaran masa kini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia