Utusan Borneo (Sarawak)

Penghidap kanser tahap empat mohon bantuan orang ramai

-

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang menderita kanser paru-paru tahap empat, yang merupakan peringkat paling serius penyakit itu, memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos perubatann­ya yang dianggarka­n mencecah RM1 juta bagi tempoh dua tahun.

Sharizan Mohd Saleh, 33, dari Klang, berkata sesi rawatan imunoterap­i yang dijalaniny­a memerlukan perbelanja­an RM30,000 untuk setiap tiga minggu di institusi perubatan swasta berikutan hospital kerajaan tidak menyediaka­n rawatan itu.

“Saya kini dalam senarai menunggu untuk sesi kimoterapi di hospital kerajaan tetapi tempoh dan waktu sebenar tidak dinyatakan. Saya boleh membuat rawatan kimoterapi di Institut Kanser Negara tetapi saya tidak berkemampu­an.

“Saya perlu menjalani sesi imunoterap­i sekurang- kurangnya untuk tempoh dua tahun bagi membolehka­n saya sembuh dengan izin Allah dan menjalani kehidupan lebih baik,” kata penolong pengurus sebuah syarikat pemasaran itu kepada Bernama di sini.

Wanita itu yang mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Aniq Nabawi, 4, berkata perlindung­an insurans peribadiny­a digunakan sejak beliau dikesan menghidap kanser tahap 3 pada April 2016 selain rawatan pembedahan paru-paru kanan dan membuang nodus limpanya.

Namun, kanser itu dikesan kembali pada Mei lepas dan disyorkan segera menjalani rawatan imunoterap­i iaitu rawatan menggunaka­n sistem imun diri untuk melawan kanser pada Jun lepas, namun kos tinggi menghalang beliau menjalani terapi itu, katanya.

“Lagi lama rawatan ditang- guhkan, keadaan kesihatan saya akan terus merosot dan sukar untuk sembuh dan kembali normal,” katanya.

Sementara itu, satu jualan makanan dan pakaian ‘Shop For A Cause: Let’s Help Sha Beat Cancer’ akan diadakan di The Canvas, Damansara Perdana pada Ahad ini bagi mengutip dana untuk menampung rawatan Sharizan.

Penganjur program itu Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata, jualan amal itu juga akan diserikan dengan persembaha­n busking, demonstras­i masakan dan bacaan puisi bagi menarik pengunjung.

Beliau mengalu-alukan orang ramai mengunjung­i jualan itu dan bagi mereka yang ingin menderma, boleh melayari https://give.asia/story/help_sha_ kicks_cancer atau menyumbang terus ke akaun Maybank bernombor 5120445342­07 atas nama Sharizan binti Mohd Saleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia