Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak tular isu gambar Dr M ‘buat kerja gila’

-

KULIM: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatka­n pihak yang menularkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganeg­araan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahka­n kementeria­nnya.

Katanya tindakan pihak terbabit juga adalah ‘ satu kerja gila’.

“Walaupun dalam politik Tun Mahathir sudah menjadi pembangkan­g dan merupakan lawan Barisan Nasional, kenapa perlu secara tiba-tiba untuk meniadakan gambarnya dalam buku tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah memberi se- barang arahan agar gambar bekas pemimpin negara itu dikeluarka­n daripada buku tersebut.

“Mana mungkin memandangk­an kita mempunyai prosedur tertentu termasuk jawatankua­sa semakan dan jawatankua­sa profesiona­l dalam menapis sebarang isi kandungan yang dijadikan buku teks pelajar sekolah,” katanya.

Mahdzir juga berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan.

“Apa yang penting sekarang kita akan cari punca di mana perkara ini bermula termasuk di mana ia diterbitka­n,” katanya. Mengulas perkembang­an lain, Mahdzir berkata beliau menerima sebarang laporan mengenai kes dera membabitka­n seorang murid tahun satu di Kapit, Sarawak yang dilaporkan kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia