Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalkan momentum kemenangan

Mignolet gesa The Reds capai kemenangan ketika bertemu Arsenal esok

-

LONDON: Simon Mignolet, yang bersemanga­t ekoran kemajuan Liverpool yang menonjol di Eropah, telah mencabar pasu- kan The Reds untuk mengg ar i s k a n kebangkita­n mereka de n g a n kemenangan ke atas pe n c a b a r kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris Arsenal pada hu j u n g minggu ini. P a s u - kan Jurgen Klopp mara ke peringkat kumpulan Liga Ju a r a - J u a r a buat pertama kali da l a m te m - p o h tiga ta-

Di Anfield, ia sentiasa malam yang istimewa dan saya rasa kami telah menunjukka­n apa yang kami dapat buat di sini. Ia hangat sekali, itulah makna Anfield dan di sinilah tempat kami. Simon Mignolet Penjaga gol Liverpool

hun dengan kemenangan 4- 2 ke atas Hoffenheim pada Rabu lepas. Suasana yang hangat di Anfield mendorong Liverpool untuk mempamerka­n permainan bertenaga pada pertengaha­n minggu ini dan Mignolet, penjaga gol Belgium, menjangka Arsenal akan menerima satu lagi sambutan panas dari penyokong The Reds pada malam esok (Ahad).

Selepas keputusan seri dengan Watford pada hujung minggu pembukaan, Liverpool telah mencatatka­n tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an untuk membuktika­n mereka dapat berkembang maju tanpa pemain cedera yang disasari Barcelona, Philippe Coutinho.

Sekarang Mignolet mahu Liverpool meneruskan momentum dengan membuat kenyataan hasrat untuk menang ke atas The Gunners.

“Di Anfield, ia sentiasa malam yang istimewa dan saya rasa kami telah menunjukka­n apa yang kami dapat buat di sini. Ia hangat sekali, itulah makna Anfield dan di sinilah tempat kami,” katanya.

Berlainan daripada ke- bangkitan Liverpool, Arsenal sudah pun berdepan dengan krisis keyakinan yang biasa dilihat selepas mereka bangkit setelah ketinggala­n untuk menewaskan Leicester dengan tipis tetapi kemudian kecundang 1-0 di Stoke pada hujung minggu lepas.

Kekalahan kepada Stoke mendedahka­n kerapuhan dalam benteng pertahanan Arsenal, manakala pasukan Arsene Wenger sekali lagi tidak dapat mengubah penguasaan bola kepada gol tanpa penyerang bintang Alexis Sanchez.

Sanchez tidak dapat bermain pada permulaan musim disebabkan oleh kecederaan dan penyakit, tetapi pemain antarabang­sa Chile itu dijangka membuat penampilan pertamanya pada malam esok.

Manchester United (MU) menentukan rentak awal dengan dua kemenangan 4-0 berturut-turut untuk naik ke tempat teratas liga dan anak buah Jose Mourinho ber- harap untuk melengkapk­an minggu yang positif dengan menewaskan Leicester di Old Trafford.

Kepulangan Rooney ke kelab zaman kanak-kanaknya Everton juga bermula dengan baik, di mana pemain berusia 31 tahun itu menjaringk­an gol dalam dua perlawanan liga pertamanya.

Menjelang kunjungan Everton ke kelab juara Chelsea pada malam esok, Rooney pada minggu ini mengumumka­n persaraan dari pentas antarabang­sa bersama England untuk membolehka­nnya memberi tumpuan kepada usaha menamatkan kariernya dengan kejayaan bersama pasukan The Toffees. — AFP

 ??  ?? MIGNOLET
MIGNOLET
 ?? — Gambar AFP ?? REBUTAN: Trofi kejuaraan dipamerkan semasa cabut undi perlawanan Liga Juara-Juara di Monaco.
— Gambar AFP REBUTAN: Trofi kejuaraan dipamerkan semasa cabut undi perlawanan Liga Juara-Juara di Monaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia