Utusan Borneo (Sarawak)

Everton menang agregat 3-1 ke atas Hajduk

-

PARIS: Pemain termahal kelab Gylfi Sigurdsson menjaringk­an voley dari jarak jauh sejurus selepas waktu rehat untuk meletakkan Everton dalam peringkat kumpulan Liga Europa ekoran kemenangan agregat 3-1 ke atas Hajduk Split kelmarin.

Pemain tengah Iceland itu merembat bola dari jarak 40 ela beberapa saat selepas babak kedua bermula di Croatia ketika Everton diikat untuk keputusan seri 1-1 dalam timbal balik perlawanan play-off mereka setelah Jordan Pickford menyelamat­kan tendangan penalti pada separuh masa kedua dari Ahmed Said.

Josip Radosevic meletakkan pasukan tuan rumah 1-0 di hadapan pada malam itu pada minit terakhir babak pertama, tetapi pemain baharu Everton bernilai 45 juta pound (RM247.5 juta) berkenaan bergabung dengan Pickford untuk membantu pasukan The Toffees mencapai kelayakan.

Patrick Cutrone menjaringk­an gol tunggal ketika AC Milan menang 1-0 ke atas kelab Shkendija di Macedonia untuk melengkapk­an kemenangan agregat 7- 0, tetapi naib juara musim lepas Ajax disingkirk­an oleh Rosenberg.

Gergasi Belanda itu ketinggala­n selepas kekalahan 1-0 pada minggu lepas di Amsterdam tetapi kelihatan seperti sudah mengubah hala tuju perlawanan di Norway sebelum dua gol lewat pemain gantian dari Nigeria, Samuel Adegbenro, melayakkan Rosenberg dengan agregat 4-2.

Marseille mencatatka­n kemenangan 30 di stadium sendiri ke atas Domzale dari Slovenia hasil dua jaringan Valere Germain dan satu gol dari Florian Thauvin untuk mara 4-1 dalam dua rangka perlawanan.

Zenit St Petersburg mengatasi defisit 1-0 pada rangka pertama ap a b i l a pe m a i n an t a r a - bangsa Russia, Aleksandr Koko- rin, menjaringk­an dua gol, termasuk gol kemenangan pada minit ke-105, untuk menumpaska­n Utrecht dengan agregat 2-1 selepas masa tambahan.

Bagaimanap­un Fenerbahce turut tersingkir bersama sebuah lagi kelab gergasi Turki, Galatasara­y, di Eropah selepas mengalami kekalahan agregat memalukan 4-1 kepada kelab dari Macedonia, Vardar, ekoran kekalahan mengejut 2-1 di tempat sendiri.

Galatasara­y dikejutkan oleh kelab tidak ternama dari Sweden, Ostersund, pada bulan lepas dalam pusingan kelayakan kedua.

Undian bagi fasa kumpulan dijalankan di Monaco semalam, dengan 48 pasukan – termasuk Arsenal dan Lyon, kelab yang mara ke peringkat separuh akhir musim 2016-17 – yang ditempatka­n dalam 12 kumpulan yang masing-masing terdiri daripada empat pasukan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SIGURDSSON TERJAHAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Europa peringkat kumpulan di antara Hajduk Split dan Everton di Croatia.
— Gambar Reuters SIGURDSSON TERJAHAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Europa peringkat kumpulan di antara Hajduk Split dan Everton di Croatia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia