Utusan Borneo (Sarawak)

Valencia sedia bangkit pada musim baharu La Liga

-

MADRID: Valencia yang lahir semula melakukan lawatan paling mencabar dalam bola sepak Eropah setakat ini untuk menentang Real Madrid pada malam esok (Ahad) dengan keyakinan tinggi yang hilang dalam dua musim lepas yang buruk.

Valencia, yang masih salah sebuah kelab terbesar di Sepanyol berdasarka­n bajet dan sokongan, menamatkan cabaran di tempat ke-12 dalam dua kempen sebelum ini apabila pembabitan pemilik dari Singapura, Peter Lim, dicemari pemecatan beberapa jurulatih dan kesilapan yang mahal dalam pasaran perpindaha­n.

Bagaimanap­un, dengan bekas pengurus Villarreal, Marcelino Garcia Toral, yang menggalas tugas sekarang, Lim akhirnya mendengar nasihat penyokong untuk melantik seorang jurulatih yang berpengala­man dalam La Liga dengan rekod pencapaian yang meyakinkan.

Valencia membuka kempen mereka dalam La Liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Las Palmas pada hujung minggu lepas dan pasti lebih kuat untuk kunjungan ke stadium Santiago Bernabeu di mana Gabriel Paulista, Jeison Murillo dan Geoffrey Kongodbia dijangka membuat penampilan sulung.

Ekoran perubahan dasar yang jelas oleh Lim, ketigatiga mereka telah bermain dengan cemerlang dalam La Liga sebelum ini dan menunjukka­n keinginan dari Marcelino untuk mencipta semula kejayaanny­a di Villarreal dengan membina pasukan dari belakang.

Gabriel, yang sebelum ini bekerja dengan Marcelinho di Villarreal, sudah menyertai kelab dengan kontrak tetap, manakala Murillo dan Kondogbia tiba dari Inter Milan sebagai pemain pinjaman sepanjang semusim.

“Kami sudah menandatan­gani dua pemain pertahanan tengah yang datang dari Arsenal dan Inter, bercakap bahasa Sepanyol dan mengenali La Liga,” kata Marcelino.

“Semua itu adalah faktor penting. Saya sangat mengenali salah seorang daripada mereka dan Murillo pula seorang pemain yang hebat. Mereka akan memberi kelebihan kompetitif kepada kami.”

Valencia perlu bermain pada tahap terbaik dari segi pertahanan jika mereka mahu pulang dari Bernabeu, walaupun dengan satu mata sekalipun.

Madrid tidak pernah gagal untuk menjaringk­an gol sejak 16 bulan lalu dan memandang ringan ketiadaan Cristiano Ronaldo selepas digantung perlawanan pada bahagian awal musim.

Pemain Portugis itu akan menjalani penggantun­gan ketiga daripada lima penggantun­gan yang dikenakan kerana menolak pengadil, tetapi Real lebih terbatas di belakang selepas kapten Sergio Ramos turut digantung, yang meninggalk­an Zinedine Zidane dengan hanya Nacho dan Raphael Varane sahaja untuk dipilih dalam posisi pemain pertahanan tengah.

Lebih jauh di hadapan, Zidane mempunyai banyak pilihan dan Marco Asensio dijangka akan memberi laluan sekali lagi kepada Isco, Karim Benzema dan Gareth Bale dalam serangan.

Barcelona pasti mahu melupakan minggu yang bergolak di luar padang apabila mereka bertandang ke Alaves pada malam ini (Sabtu).

Gergasi Catalan itu mengambil tindakan undangunda­ng ke atas Neymar kerana melanggar kontrak Selasa lepas ketika pemain Brazil berparti dengan beberapa bekas rakan sepasukan termasuk Lionel Messi dan Luis Suarez. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia