Utusan Borneo (Sarawak)

Lima perkara utama di Bundesliga

-

BERLIN: Pertahanan Bayern Munich akan menjadi tumpuan di Werder Bremen pada malam ini (Sabtu) apabila juara bertahan itu cuba mengekalka­n cengkaman mereka ke atas pencabar mereka di utara Jerman itu.

Kali terakhir Bremen mengambil satu mata dari Bayern adalah pada September 2010, tetapi jurulatih Munich, Carlo Ancelotti, mahukan permainan yang lebih baik selepas pertahanan mereka goyah dalam kemenangan 31 ke atas Bayer Leverkusen pada Jumaat lalu.

Borussia Dortmund menerima kunjungan Hertha Berlin pada malam ini manakala pemain yang disasari Barcelona, Ousmane Dembele, digantung kerana memulaukan latihan dalam usaha untuk memaksa kelab Jerman itu menjualnya.

Pengurus Hertha Berlin Pal Dardai berkata pasukannya boleh bersedia untuk ‘menderita’ di Borussia Dortmund pada malam ini.

Pemain tengah Emil Forsberg dijangka memulakan perlawanan apabila RB Leipzig cuba melancarka­n musim mereka di tempat sendiri menentang Freiburg.

Leipzig mengalami kekalahan 2-0 di Schalke dalam perlawanan pembukaan mereka dan Forsberg bermain di separuh masa kedua sahaja setelah dia pulih dari masalah sakit dada.

Selepas memberi cabaran yang kuat kepada Bayern dalam kekalahan pembukaan mereka, Bayer Leverkusen menerima kunjungan Hoffenheim, yang merawat luka ekoran kekalahan kepada Liverpool dalam kedua-dua pusingan perlawanan play-off Liga Juara-Juara.

Penyerang remaja Kai Havertzl, 18 tahun, sudah pulih daripada masalah lutut manakala pemain sayap Leverkusen Julian Brandt dijangka membuat penampilan­nya yang ke-100 dalam Bundesliga di tempat Admir Mehmedi.

Schalke pasti mahu membuktika­n kemenangan mereka ke atas Leipzig bukan kebetulan di kelab yang dinaikkan ke liga utama Hanover 96 dengan semua tumpuan kepada sama ada Benedikt Hoewedes bermain ataupun tidak.

Pemain pertahanan Jerman itu dilucutkan dari jawatan kapten oleh jurulatih baharu Domenico Tedesco, yang kemudian meletakkan pemain pertahanan itu di bangku pemain simpanan bagi perlawanan menentang Leipzig.

Media Jerman mengaitkan Howedes dengan langkah ke England atau Itali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia