Utusan Borneo (Sarawak)

Usia tidak halang Hashimah raih emas

-

KUALA LUMPUR: Pada usia 46 tahun, Nor Hashimah Ismail masih kelihatan bersemanga­t di padang dan tiada tanda- tanda yang menunjukka­n beliau akan memperlaha­nkan aktivitiny­a dalam sukan boling padang.

Pemain senior boling padang yang mula beraksi pada Sukan SEA 1999 di Brunei masih beraksi menentang atlet muda dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017), malah berjaya meraih pingat emas dalam acara fours wanita.

“Selama 24 tahun saya berkecimpu­ng dalam sukan boling padang ini dan saya rasa umur tidak menjadi penghalang dalam sukan ini sekiranya kita ada kualiti dalam permainan.

“Pengalaman sangat penting dalam boling padang khususnya sewaktu kita bertanding,” katanya kepada Bernama.

Beliau bersama Nur Ain Nabilah Tarmizi, Nur Fidrah Noh dan Nurul Alyani Jamil menghadiah­kan pingat emas buat negara selepas menewaskan Filipina 2414 di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara kelmarin.

Nor Hashimah juga berkata beliau terus akan berjuang demi negara dalam temasya sukan dwitahunan yang akan datang jika masih diberi peluang.

“Walaupun saya diminta untuk menjadi jurulatih tetapi saya memilih untuk bermain. Saya juga gembira kerana masih dapat menyumbang­kan pingat kelima pada sukan SEA kelima saya,” kata anak jati Selangor itu.

Atlet paling veteran pada temasya Sukan SEA ke-29 itu tidak pernah gagal menyumbang­kan emas untuk negara dalam empat penampilan pada Sukan SEA sebelum ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Pasukan boling padang tiga berpasukan negara (dari kiri), Mohd Amir Mohamed Yusof, Mohamad Fairus Abd Jabal dan Mohammd Syamil Syazwan Ramli bergambar bersama pingat emas masing-masing.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Pasukan boling padang tiga berpasukan negara (dari kiri), Mohd Amir Mohamed Yusof, Mohamad Fairus Abd Jabal dan Mohammd Syamil Syazwan Ramli bergambar bersama pingat emas masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia