Utusan Borneo (Sarawak)

Acara pelayaran hari kelima perlumbaan awal 11 kategori

-

LANGKAWI: Acara pelayaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang memasuki hari kelima diteruskan dengan perlumbaan awal 11 kategori di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini semalam.

Menjadi tumpuan pastinya perlumbaan ketujuh dan kelapan kategori Antarabang­sa 470 Lelaki dan Antarabang­sa 420 Lelaki yang dilihat mampu membuahkan harapan emas buat negara susulan aksi cemerlang dipamerkan pelayar negara melalui enam perlumbaan sebelum ini.

Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz yang mendahului kategori Antarabang­sa 470 dengan sembilan mata penalti, perlu memastikan mereka kekal di kedudukan teratas memandangk­an hanya satu mata penalti yang memisahkan mereka dengan pencabar Filipina, Lester Troy Tayong/Emerson Villena.

Dalam kategori Antarabang­sa 420 Lelaki, gandingan Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin, yang kekal mendahului dalam enam perlumbaan dengan enam mata penalti sebelum ini, turut dilihat mempunyai peluang cerah menyumbang emas setelah meninggalk­an Koh Yi Nian/Wong Riji dari Singapura yang kini mempunyai 14 mata penalti, dan pelayar Thailand, Nopphorn Booncherd/Suthon Yampinid dengan 19 mata penalti.

Gandingan Nur Aishah Kovo Mohd Yusri dan Nurul Izzryn Shamsul Ariffin dalam kategori Antarabang­sa 420 Wanita pula berpeluang memperbaik­i kedudukan hari ini setelah hanya memperoleh 14 mata penalti melalui enam perlumbaan sebelum ini, ketinggala­n enam mata di belakang Thailand dan Singapura.

Perlumbaan ketiga dan keempat hari ini pula mem- babitkan kategori Optimist Lelaki dan Optimist Wanita, Laser Standard, Laser Radial Lelaki, Laser Radial Wanita, manakala perlumbaan kelima dan keenam adalah bagi kategori Windsurfin­g RS One Lelaki dan Windsurfin­g RS One Wanita.

Sama seperti semalam, perlumbaan yang dijadualka­n berlangsun­g pukul 10.30 pagi ini ditunda pada sebelah petang berikutan ketiadaan angin.

Seramai 22 atlet pelayaran negara mengambil bahagian dalam 14 kategori yang dipertandi­ngkan dalam te- masya kali ini.

Setakat ini, emas pertama acara itu disumbangk­an melalui kategori Optimist Berpasukan manakala kategori Laser Standard Berpasukan menyumbang perak dan Laser Radial Berpasukan sekadar pingat gangsa.

Sukan SEA Ke-28 dua tahun lalu di Singapura menyaksika­n pasukan pelayaran negara menyumbang tujuh pingat emas, lima perak dan dua gangsa, menjadikan­nya rekod terbaik setakat ini bagi acara tersebut dalam temasya dwitahunan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIGIH: Pelayar negara, Nur Shazrin Mohamad Latif (depan) ketika beraksi dalam kategori Laser Radial Wanita di Perairan Kuah Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan, semalam.
— Gambar Bernama GIGIH: Pelayar negara, Nur Shazrin Mohamad Latif (depan) ketika beraksi dalam kategori Laser Radial Wanita di Perairan Kuah Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia