Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia masih memiliki peluang

Morten Frost yakin anak-anak buahnya mampu meraih dua emas

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki negara menempuh laluan berliku sebelummen­gesahkanse­kurangkura­ngnya satu pingat dalam acara individu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun peluang Malaysia untuk mencapai sasaran dua pingat emas melalui acara beregu campuran dan beregu wanita masih berada pada landasan yang betul.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin dijangka bertemu pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh di pusingan suku akhir dan jika berjaya mara ke separuh akhir, beliau sekali lagi akan beraksi menentang Jonatan Christie (Indonesia), yang berada di ranking ke-22 dunia, selepas tewas dalam perlawanan acara berpasukan lelaki, kelmarin.

Peluang Lee Zii Jia dilihat agak sukar apabila diundi berjumpa Ihsan Maulana Mustofa pada pusingan kedua, namun jika Zii Jia berjaya tundukkan pemain Indonesia itu, sekali lagi beliau akan mendapat laluan sukar di suku akhir bertemu Loh Kean Yew (Singapura).

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata adalah mustahil bagi

Perseorang­an lelaki paling sukar dengan Jii Zia bertemu Ihsan pada pusingan kedua. Beregu lelaki juga agak rumit...Saya telah melihat undian itu secara ringkas, saya fikir kami mempunyai dua beregu campuran yang baik. Morten Frost Hansen Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia

Malaysia untuk mencapai sasaran dua pingat emas itu tetapi pemain mestilah mempamerka­n aksi cemerlang.

“Perseorang­an lelaki paling sukar dengan Jii Zia bertemu Ihsan pada pusingan kedua. Beregu lelaki juga agak rumit...Saya telah melihat undi- an itu secara ringkas, saya fikir kami mempunyai dua beregu campuran yang baik setakat ini,” katanya kepada media selepas undian itu di Axiata Arena di sini semalam.

“Perseorang­an wanita adalah seperti yang dijangka. Saya juga perasan Greysia Polii (Indonesia) dalam undian itu...Kami akan berjuang habis-habisan untuk mencapai apa yang kita mahukan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? FROST
FROST

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia