Utusan Borneo (Sarawak)

Triples lelaki raih emas kedua boling padang

-

KUALA LUMPUR: Atlet triples lelaki boling padang menambah koleksi pingat emas negara selepas menewaskan Brunei 19-9 pada final acara itu di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara di sini semalam.

Mohammad Syamil Syazwan Ramli, Mohd Amir Mohammed Yusof dan Mohamad Fairus Abd Jabal merupakan gandingan mantap yang menepati ramalan meraih emas.

Brunei pula dibarisi Ampuan Ahad Ampuan Kasim, Pg Hj Tengah Hj Tejudin dan Naim Ibrahim.

Kemahiran membaling bola menjadi faktor penyumbang emas kedua itu dengan aksi awal pusingan final memperliha­tkan Malaysia menguasai permainan sehingga menyukarka­n pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan.

Cubaan menambah mata semakin ligat pada ends kelima dengan empat mata tambahan iaitu 9-2 dan terus mempamerka­n aksi konsisten sehingga tamat perlawanan.

Mohd Amir Mohamed Yusof yang merupakan pemegang pingat emas pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dalam acara pairs menyifatka­n kemenangan itu sebagai pencapaian peribadi yang terbaik bagi dirinya.

“Ini emas kedua bagi saya. Apa jua kejayaan kita peroleh, jangan selesa, jangan sesekali ambil mudah dengan pihak lawan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menzahirka­n rasa puas hati dengan momentum atlet negara dalam semua acara dan yakin negara mampu menjadi juara keseluruha­n.

“Saya lihat secara keseluruha­n, semua atlet sedang berusaha menambah pingat negara tak kira emas, perak atau gangsa.

“Bina dan kekalkan momentum positif, ia boleh bantu prestasi kita untuk hampiri matlamat sebagai juara keseluruha­n,” katanya.

Malaysia sedang mendahului dengan pungutan 147 pingat iaitu 64 emas, 45 perak dan 38 gangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia