Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017: Venue silat dipindah

-

KUALA LUMPUR: Venue bagi pencak silat Sukan SEA 2017, akan dipindah dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara di Bukit Kiara, bermula Isnin ini.

Berikutan itu, acara tunggal yang dijadualka­n pada petang esok, diawalkan ke sesi pagi, manakala acara pada hari Ahad yang melibatkan satu pingat emas, akan berlangsun­g pada Isnin bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemindahan barangan teknikal dan penyiaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata keputusan itu dibuat semalam berikutan sambutan luar biasa peminat apabila gelanggang silat membuka tirai semalam.

“Ruang di KLCC terlalu kecil, jika dilihat dari kapasiti penonton tidak boleh memuatkan ramai orang kerana silat memerlukan karpet untuk pertanding­an dan karpet untuk warm up (pemanas badan). Oleh kerana silat ini sukan yang penting, tradisi dan mendapat sambutan luar biasa, kita terpaksa menukar venue,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata keputusan itu juga dibuat atas faktor keselamata­n, memandangk­an tempat duduk penonton dan gelanggang yang dekat, sehingga boleh menimbulka­n kekecewaan kepada para juri.

Dengan harapan besar diletakkan kepada silat untuk menyumbang­kan sebahagian besar pingat emas, Megat berkata Stadium Juara boleh memuatkan sehingga 3,000 penonton untuk hadir memberikan sokongan padu kepada skuad silat yang dibarisi oleh Olahragawa­n 2015, Mohd Al Jufferi Jamari dan olahragawa­ti 2017 Siti Rahmah Mohamed Nasir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia