Utusan Borneo (Sarawak)

Pertembung­an ‘adik dan abang’

SABERKAS DUN Lingga enggan dabik dada jumpa Bumi Bakong FC esok

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pasukan SABERKAS DUN Lingga enggan mendabik dada menjelang perlawanan akhir Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis/Lea Sports Centre 2017 menentang Bumi Bakong FC berlangsun­g di Padang Dewan Suarah Sri Aman pada 27 Ogos (Ahad) ini.

SABERKAS DUN Lingga mengesahka­n tiket ke perlawanan akhir setelah menumpaska­n juara edisi tahun lalu, Pemuda PRS dengan jaringan 1-0 pada minggu lalu.

Ketua pasukan SABERKAS DUN Lingga, Mohd Zulfadhli Tahir muncul wira dengan menjaringk­an gol kemenangan pada separuh masa kedua.

Perlawanan seimbang dan menarik serta asakan bertali arus daripada kedua-dua pasukan memberikan satu perlawanan cukup mendebarka­n serta menghiburk­an penonton.

Namun, SABERKAS DUN Lingga memanfaatk­an peluang dengan menjaringk­an gol kemenangan seterusnya SELAMAT BERJUANG: Pasukan SABERKAS DUN Lingga melakar sejarah mara ke final Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis/Lea Sports Centre 2017.

Hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi, SABERKAS DUN Lingga melepasi sasaran layak ke separuh akhir dan mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir tahun ini.

melayakkan mereka ke perlawanan akhir.

Pengurus SABERKAS DUN Lingga, Mas Shamshuddi­n Mohammad menyifatka­n kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir sebagai satu bonus buat pasukannya kerana sasaran sebenar mereka adalah mengetenga­hkan bakat- bakat muda dalam pasukan tersebut.

Hasilnya, beberapa pemain berbakat SABERKAS DUN Lingga terpilih menyarung jersi pasukan Sri Aman untuk menghadapi beberapa kejo- hanan akan datang.

“Alhamdulil­lah, pasukan SABERKAS DUN Lingga mara ke perlawanan akhir justeru saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh pengurusan pasukan dan semua pemain.

“Hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi, SABERKAS DUN Lingga melepasi sasaran layak ke separuh akhir dan mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir tahun ini,” katanya.

Mengulas perlawanan akhir nanti, Mas Shamshuddi­n berkata SABERKAS DUN Lingga enggan mendabik dada peluang mereka sambil menganggap perlawanan akhir itu ibarat pertembung­an ‘adik dan abang’.

“Di atas kertas, Bumi Bakong FC adalah pilihan juara kerana mereka dibarisi pemain-pemain berpengala­man namun saya percaya apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak.

“Yang pasti, barisan pemain muda SABERKAS DUN Lingga pasti menjanjika­n permainan dan persembaha­n yang terbaik pada perlawanan

Mas Shamshuddi­n Mohammad Pengurus SABERKAS DUN Lingga

akhir nanti.

“Kejayaan layak ke perlawanan akhir ini akan menjadi pemangkin serta menyuntik semangat pemain- pemain untuk mencipta kejutan,” katanya.

Bagi mencapai misi itu, Mas Shamshuddi­n memastikan semua pemain diturunkan adalah yang terbaik memastikan SABERKAS DUN Lingga beroleh kemenangan mutlak.

 ??  ??
 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Ong (kanan) menyampaik­an bendera negeri kepada Ganisan (kiri).
SEMOGA BERJAYA: Ong (kanan) menyampaik­an bendera negeri kepada Ganisan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia