Utusan Borneo (Sarawak)

Marcos rangkul kejuaraan kategori L1

-

LIMBANG: Dua pengadil dari Limbang antara 15 pengadil Gred 3 Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA) yang menerima lencana rasmi pengadil kebangsaan MTWA Labuan.

Mereka ialah Pedi (Lapok) Amit dan Shahnusi Abdul Karim, kedua-duanya dari Kampung Buangsiol aktif dalam kejohanan sukan itu dan menyertai kursus pengadil di Kuala Lumpur dan Labuan tahun lalu.

Pedi dan Shahnusi serta pengadil lain sudah melepasi syarat dan menerima lencana rasmi pengadil kebangsaan di MTWA.

Lencana itu disampaika­n oleh Presiden MTWA Zulkifli Ahmad pada Majlis Penutupan Kursus Kejurulati­han dan Pengelolaa­n Pertanding­an Siri 3/2017 di Bangunan Perbadanan Labuan. KUCHING: Pemain Orang Kurang Upaya (OKU), Marcos Chang mencatat jatuhan 720 pin bagi merangkul kejuaraan dalam kategori L1 (cacat anggota) Liga Para Master Mini Istimewa di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa di sini minggu lalu.

Murid berusia 12 tahun dari SJK Chung Hua Batu 4 ½ itu merekodkan 199, 144, 175 dan 202 jatuhan pin dalam empat pusingan mendahului Presiden Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak ( PTBPNS), Dunstan Lim dengan 65 pin.

Tempat ketiga dirangkul Lee Chong Fui dengan catatan 603 pin.

Dalam kategori KR (kerusi roda dan pendek) dimenangi Julaihi Khalik Lamat mencatat jatuhan 55 pin, disusuli Duin Kuni (511) dan Azlan Mos (509).

Mohd Shaidan Ibrahim mengunggul­i kategori CP (celebral palsy) dengan merekod- kan 472 jatuhan pin, tempat kedua dan ketiga milik Nschal Nischolas Bujang (469) dan Haizam Mohd Ali (434).

Manakala Mohd Rizuan Madzhi mengesahka­n kejuaraan dalam kategori ID (kecacatan intelektua­l) dengan kutipan 659 pin. Tempat kedua dimenangi Muhd Zul Hilmi Majeni (587) dan ketiga Aman Sabri (579).

Dalam kategori cacat penglihata­n (BL), Roni Tugiman muncul juara dengan jatuhan pin sebanyak 664, meninggalk­an Azizie Suip di tempat kedua dengan (396) dan James Bandang (391).

Abd Muhd Fakhri muncul juara kategori pekak selepas mencatat jatuhan 582 pin, Lau Yok Lok (574) tempat kedua diikuti Siw Sing Hie (548) ketiga.

Dalam kategori campuran (jemputan), tiga pemenang teratas skuad negara (atlet Para Asean) ialah Abu Bakar, Nadia dan Abang Yahaya selepas masing-masing mencatat 779, 775 dan 771 pin.

Kategori sama turut menyaksika­n atlet Sarawak, Jimmy Siang menjatuhka­n 692 pin untuk memenangi kategori kerusi roda yang turut disertai 10 peserta.

Kejohanan anjuran PTBPNS menerusi kerjasama Megalanes Sarawak disertai seramai 60 peserta termasuk 18 atlet Para ASEAN Malaysia yang berada di Kuching untuk berlatih di Megalanes Sarawak.

 ??  ?? CERIA: Peserta mengambil bahagian pada pertanding­an boling Liga Para Master Mini Istimewa di Batu Kawa Kuching, Ahad lalu.
CERIA: Peserta mengambil bahagian pada pertanding­an boling Liga Para Master Mini Istimewa di Batu Kawa Kuching, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia