Utusan Borneo (Sarawak)

600 peserta berjaya takluki ‘Tribal Warrior Challenge’

-

KUCHING: Seramai 600 peserta berjaya menakluki Tribal Warrior Challenge juga dikenali Cabaran Berhalanga­n Terbesar Borneo di Stadium Negeri, di sini Sabtu lalu.

Acara itu menawarkan dua kategori untuk orang awam, ‘Rite of Passage’ (15 halangan) untuk penyertaan individu dan kumpulan serta ‘HeadHunter’ (20 halangan) direka untuk penggemar kecergasan serius.

Kedua- dua kategori mengumpulk­an lebih 450 peserta yang tiba dalam kumpulan dan pakaian sepadan, mewakili suku kaum masing-masing.

Salah satu kategori, Bizst Mode menyaksika­n Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melepaskan kira-kira 200 peserta dari sektor acara perniagaan dan rakan Biro Konvensyen Sarawak (SCB) terpilih.

Hadir sama Pengerusi SBC Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Amelia Roziman dan Pengarah Urusan Borneo Tru Events Sdn Bhd, Silas Michael Martin.

Tribal Warrior Challenge diadakan sempena kempen ‘Redefining Global Tribes’ oleh SCB dihadiri 100 pakar dari persatuan, akademia, korporat, media, duta persidanga­n dari industri Acara Perniagaan dalam dan luar negara serta landasan mempromosi­kan bina pasukan.

Rakan teknikal, Viper Challenge turut membawakan cabaran istimewa seperti ‘Diamond Cube’ dan ‘The Peak’ bagi mencabar peserta mengatasi ketakutan, kelemahan, dengan pengalaman dalam program kesihatan dan kecergasan.

Tenaga, keterujaan, dan keghairaha­n di stadium terus teguh meskipun keadaan cuaca bertukar mendung dan lembap, apabila peserta mengharung­i hurang sementara memanaskan badan sebelum setiap cabaran.

Peserta ‘Headhunter’ merangkumi wanita dan lelaki dilepaskan jam 4.30 petang.

Mohd Feldarus Abdul Rahman, Sunny Jong Shi Xian dan Ezamshah Abdul Rahman untuk Headhunter (lelaki) masing-masing di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Manakala bagi ‘ Headhunter’ ( wanita), Shiaw Fung Chai menduduki tempat pertama, Ivy Phang di tempat kedua dan Hui Hsien Teo tempat ketiga.

Peserta ‘Rite of Passage,’ dilepaskan selepas itu dalam kumpulan selang 10 minit. Cuaca cerah apabila peserta melimpasi garisan penamat untuk mengutip medal serta baju-T.

 ??  ?? SERONOK: (Dari empat kiri) Silas, Abdul Karim, Leo, dan Amelia pada Tribal Warrior Challenge di Kuching Sabtu lalu.
SERONOK: (Dari empat kiri) Silas, Abdul Karim, Leo, dan Amelia pada Tribal Warrior Challenge di Kuching Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia