Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 48 murid sekolah sertai PPBSN Peringkat Daerah Tatau

-

BINTULU: Seramai 48 murid dari tiga sekolah rendah dan sebuah akademi menyertai Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBSN) Peringkat Daerah Tatau di sini semalam.

Program bermula jam 3 hingga 5.30 petang itu disertai seramai 24 murid dari Sekolah Kebangsaan ( SK) Tatau, 10 dari SK Kelawit, tiga dari SK Rumah Tayai dan 11 dari Akademi Tunas Bintulu.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, Muhd Nur Abdullah @ Tana berkata, program ini merupakan pendekatan terbaik bagi mencungkil bakat- bakat serta melahirkan lebih ramai pemain pelapis khususnya dari Bintulu.

“Program ini boleh dijadikan landasan bertukar idea serta pendapat mengenai sukan kegemaran ramai ini sekali gus memperbaik­i mutu sukan bola sepak kalangan murid sekolah rendah di Bintulu dan Tatau,” katanya.

Justeru, beliau berharap program ini diteruskan bagi mengasah bakat baharu dalam arena sukan bola sepak di bahagian ini.

Jelasnya, program ini menyediaka­n satu ekosistem pembanguna­n bola sepak bersifat sistematik ke arah meningkatk­an kualiti serta kuantiti pemain-pemain.

Selain memanfaatk­an dasar kerajaan memperkena­l program pembanguna­n bola sepak negara dengan melaksanak­an latihan secara berpusat di daerah Tatau.

Hadir sama Ketua Jurulatih Akademi Tunas Bintulu, Mohd Amir Firdaus Abdullah dan Penyelaras Program Pembanguna­n Bola Sepak Daerah Tatau, Muhammad Asyraf Mohamad Zaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia