Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal: Betong jinakkan Limbang 2-0

-

BETONG: Saingan Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 bermula semalam menyaksika­n beberapa kejutan dilakarkan oleh 11 pasukan yang mengambil bahagian.

Mencuri tumpuan kemenangan skuad lelaki tuan rumah, Betong menjinakka­n Limbang dalam aksi pembukaan Kumpulan A dengan 2-0.

Mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri memenuhi Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, barisan pemain Betong menunjukka­n permainan mantap untuk mengutip tiga mata penuh.

Satu lagi saingan kumpulan sama menyaksika­n Samarahan menundukka­n Serian juga dengan 2-0.

Dalam aksi Kumpulan B hanya disertai tiga pasukan, Mukah menang 2-0 ke atas Bintulu.

Persembaha­n tidak konsisten Bintulu berterusan pada sebelah petang apabila sekadar seri 3-3 dengan Sibu.

Sementara itu, juara bertahan Kuching bermula garang apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Kumpulan C.

Selepas membenam Sarikei dengan 3-0 pada perlawanan sebelah pagi, Kuching meneruskan rentak cemerlang apabila meranapkan impian Miri dengan kemenangan besar 5-2 pada sebelah petang.

Wakil dari utara, Miri sebelumnya sudahpun merekodkan kekalahan pertama apabila tewas 3-1 di tangan Sri Aman pada perlawanan sebelah pagi.

Manakala Bintulu mengejutka­n juara bertahan, Serian dalam aksi wanita (Kumpulan C) dengan kemenangan selesa 3-1.

Turut cemerlang Mukah apabila membenam Sarikei dengan 2-0 dalam pertarunga­n kumpulan sama.

Tuan rumah, Betong terikat 1-1 dengan Samarahan dalam saingan Kumpulan A.

Keputusan sama dicatat Miri dan Sri Aman dalam kumpulan tersebut apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan sebelah petang.

Aksi Kumpulan B menyaksika­n Kuching menang tipis 1-0 ke atas Sibu dalam perlawanan sengit.

Semua perlawanan disambung hari ini.

 ??  ?? BAKAL PELAPIS: Nur (berdiri tengah belakang) bersama peserta dan guru pengiring dari sekolah masing-masing.
BAKAL PELAPIS: Nur (berdiri tengah belakang) bersama peserta dan guru pengiring dari sekolah masing-masing.
 ??  ?? SENGIT: Pemain Betong ( jersi biru) mengawal pemain Limbang dalam aksi pembukaan Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 di Betong semalam.
SENGIT: Pemain Betong ( jersi biru) mengawal pemain Limbang dalam aksi pembukaan Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 di Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia