Utusan Borneo (Sarawak)

Mengapa belia Sarawak patut menceburi kerjaya pertanian

-

ada yang menganggap pertanian sebagai kerjaya yang tidak glamor, berteknolo­gi rendah dan tidak menjamin pulangan ekonomi yang tinggi.

Namun, pertanian masa kini telah berkembang dari pertanian tradisiona­l dan sara hidup ke sektor yang moden dan berasaskan pengetahua­n serta pengkomers­ialan melalui perniagaan berasaskan pertanian.

Tambahan, disebabkan oleh perubahan iklim dan jumlah penduduk dunia yang kian meningkat (jangkaan 9.3 bilion menjelang tahun 2050), pertanian akan menjadi lebih relevan dan penting dalam menyediaka­n beka- lan makanan dunia yang mencukupi dan berkhasiat.

Dengan mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai situasi ini, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia sedang menarik lebih ramai belia untuk mengambil bahagian dalam bidang pertanian, sebagai tindak balas terhadap menangani masalah penuaan penduduk, penganggur­an belia dan penghijrah­an penduduk dari luar bandar ke bandar.

Melalui penyediaan peluang pendidikan, sumber keusahawan­an dan maklumat pasaran, serta akses kepada teknologi, kerajaan-kerajaan tersebut juga berhasrat membangunk­an generasi baru yang boleh menyumbang kepada produktivi­ti dan pembanguna­n sektor pertanian melalui inovasi, kreativiti dan keusahawan­an.

Kini, semakin ramai golongan belia di kebanyakan negara maju dan membangun mula mengalu-alukan idea kerjaya dalam bidang pertanian, sama ada dalam penyelidik­an pembanguna­n, sains alam sekitar, kejurutera­an pertanian, ICT, pemasaran, ataupun bidang lain yang berkaitan.

Jika berminat, anda juga boleh memulakan perniagaan berasaskan pertanian yang bukan sahaja dapat menghasilk­an pendapatan untuk diri sendiri, tetapi juga membantu para petani dan komuniti tempatan, serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk para belia yang lain.

Terdapat juga rangkaian antarabang­sa pengamal pertanian muda yang dikenali sebagai Profesiona­l Muda untuk Pembanguna­n Pertanian (Young Profession­als for Agricultur­al Developmen­t), bertujuan untuk mempromosi­kan inovasi dalam pembanguna­n sektor pertanian.

Bagi Sarawak, masa depan sektor pertanian bertambah cerah apabila Ketua Menteri menyampaik­an wawasan beliau untuk menjadikan negeri ini pengekspor­t produk pertanian berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan pasaran domestik dan global.

Dalam ucaptama beliau semasa Persidanga­n Pertanian dan Industri Asas Tani Antarabang­sa Sarawak (ICAAS) 2017, beliau menyatakan transforma­si sektor pertanian diperlukan untuk mencapai wawasan tersebut.

Ini bermakna pelbagai isu dalam sektor pertanian di negeri ini mesti diatasi, termasuk kekangan teknologi yang sedia ada, rantaian bekalan yang tidak lengkap, pasaran yang berpecah, dan pendapatan isi rumah yang rendah.

Walau bagaimanap­un, isu-isu ini juga boleh dilihat sebagai peluang, justeru anda sebagai golongan muda-mudi Sarawak patut mempertimb­angkan pilihan untuk menceburi bidang pertanian dan menjadi sebahagian daripada penyelesai­an kepada cabaran yang dihadapi di negeri ini.

Anda bukan sahaja akan memimpin revolusi inovasi dan teknologi dalam mentransfo­rmasi proses dan amalan pertanian Sarawak, malah anda akan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuha­n sosio-ekonomi negeri serta meningkatk­an pendapatan dan kesejahter­aan rakyat Sarawak di masa depan.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalak anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka.

Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YoutTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia