Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia perlu pemimpin muda teruskan legasi merdeka

-

MALAYSIA memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang mampu mengemudik­an negara dengan cara yang lebih segar dan seiring dengan peredaran semasa.

Bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Malaysia boleh mengambil contoh pendekatan yang dibuat di luar negara yang menyaksika­n banyak pemimpin muda dilahirkan untuk memimpin negara masing-masing hingga mampu maju dan berjaya.

“Mengambil contoh pemimpin muda seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 46, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, 40, mereka berjaya memimpin negara mereka dengan cara tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Legasi Merdeka dan Pembinaan Negara Bangsa’ di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syed Hamid berkata, melalui gabungan pemimpin yang berpengala­man dan pemimpin muda ini, sudah pasti negara akan memiliki adunan kepimpinan yang baik dan lebih yakin bagi meneruskan dan mengekalka­n kemerdekaa­n negara.

“Apabila kita adunkan elemen seperti pengalaman, kebijaksan­aan dan tenaga, kesemua itu adalah perkara yang amat baik sekali untuk kita kekalkan kemerdekaa­n kita,” katanya.

Mengulas mengenai kecenderun­gan generasi muda terhadap media sosial sebagai sumber maklumat, beliau berkata golongan muda ini perlu dididik dan diberitahu perkara sebenar yang sedang berlaku bagi mengelakka­n mereka salah faham.

“Kita harus memuaskan kehendak masyarakat baharu…ketelusan, kepertangg­ungjawaban, urus tadbir baik, mereka (golongan muda) tidak suka pada rasuah, kita perlu memberitah­u mereka sebenarnya,” katanya.

Bagi meneruskan legasi 60 tahun merdeka dan pembinaan negara bangsa, Syed Hamid berkata ia bukan satu perkara yang mudah kerana negara telah menempuh pelbagai peristiwa, cabaran dan rintangan selepas negara mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957. — Bernama BAGI menyemarak­kan lagi semangat Merdeka, Carcosa Seri Negara di Persiaran Tuanku Ja’afar, di Kuala Lumpur menjemput orang ramai mengalami detik hidup dalam peristiwa bersejarah yang berlaku pada 5 Ogos, 1957.

Buat kali pertama, bilik asal yang digunakan untuk menandatan­gani Perjanjian Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu 1957 antara Raja- raja Melayu dan Pesuruhjay­a Tinggi British di Persekutua­n Tanah Melayu Sir Donald MacGilliva­ry di Seri Negara dibuka kepada orang ramai mulai 1 hingga 30 Sept.

Bilik itu akan ‘ dikekalkan’ dalam keadaan asal sebagai tempat berlangsun­gnya majlis menandatan­gani perjanjian tersebut dengan susunatur bilik yang sempurna seperti asal.

Inisiatif ini dijalankan oleh Asian Heritage Museum Sdn Bhd (AHM), syarikat perkhidmat­an operasi muzium dan seni, yang melihat keperluan untuk mempromosi dan mempamerka­n kepada orang ramai pengkisaha­n dan detik bersejarah semasa zaman kemerdekaa­n.

Bilik berkenaan ialah satu daripada acara kemuncak pameran AHM dikenali sebagai ‘ Jalan Merdeka’ yang akan mempamerka­n pelbagai artifak, tayangan dokumentar­i, persembaha­n seni, pelancaran buku dan bacaan puisi.

Penasihat AHM, Tunku Zain Al- Abidin Tuanku Muhriz berkata acara itu akan dikelolaka­n oleh ahli sejarah, aktivis, pembikin filem, arkitek dan ahli muzik yang akan menceritak­an kisah Merdeka yang unik dari perkpektif yang jarang diberitahu dan kepentinga­n sejarah bangunan Carcosa dan Seri Negara semasa era kemerdekaa­n.

“Kami memilih nama Jalan Merdeka kerana kami mahu menyerlahk­an bahawa liku- liku ke arah mencapai kemerdekaa­n melakar banyak pengalaman dan perspektif. Kami mahu menceritak­an sesuatu yang di luar pengkisaha­n Merdeka yang semua orang sudah tahun dengan menampilka­n perspektif daripada rakyat biasa sebelum Merdeka.

“Pameran itu juga akan memberi fokus mengenai impak Perang Dunia II dalam proses pembanguna­n politik, pentadbira­n British di Tanah Melayu, penubuhan UMNO dan peranan buruh perladanga­n dalam bentuk sesi perbincang­an, majalah dan poster lama,” kata beliau pada sidang media mengenai Jalan Merdeka di Kuala Lumpur, Rabu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijadual berkenan melancarka­n pameran itu, bertemakan Miniti Laluan- laluan Menuju Kemerdekaa­n pada 31 Ogos.

Pameran akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap haridan masuk adalah percuma.

Orang ramai juga boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai jadual aktiviti penuh dengan melayari www. jalanmerde­ka. my. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEGASI: Hamid (kanan) bersama isteri, Sharifah (dua kanan) dan anak-anak, Sharifah (kiri) serta Syed Ali (dua kiri) melihat foto bekas Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama), Syed Zainal Abidin Syed Hussein yang merupakan ayah kepada...
— Gambar Bernama LEGASI: Hamid (kanan) bersama isteri, Sharifah (dua kanan) dan anak-anak, Sharifah (kiri) serta Syed Ali (dua kiri) melihat foto bekas Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama), Syed Zainal Abidin Syed Hussein yang merupakan ayah kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia