Utusan Borneo (Sarawak)

Finale musim ke-7 GOT ‘The Dragon and the Wolf’, Isnin ini

-

SELEPAS enam episod yang sarat aksi dan drama, ‘Game of Thrones’ (GOT) akan menamatkan musim ketujuhnya pada hujung minggu ini (hari Isnin waktu Malaysia) dengan satu episod finale yang panjang berjudul ‘The Dragon and the Wolf’.

Masa tayangan selama 79 minit dan 43 saat episod itu telah disahkan sendiri oleh HBO.

Ini menjadikan finale itu episod paling panjang dalam sejarah penerbitan drama HBO. Sebenarnya, yang kedua panjang selepas episod ‘Beyond the Wall’ minggu lepas berjaya mengetepik­an rekod finale musim lalu.

Dalam episod akan datang itu, wakil-wakil dari keluarga Lannister, Targaryen, dan Stark bertemu untuk satu pertemuan gencatan senjata yang penting yang diadakan di Dragonpit, iaitu puing lama di King’s Landing di mana pemerintah Targaryen menyimpan naga mereka suatu ketika dahulu.

Pertemuan itu juga bertujuan untuk membincang­kan ancaman yang dibawakan oleh Night King dan tenteranya kepada tujuh kerajaan jika tidak dibendung awal.

Antara karakter di pertemuan itu termasuk Cersei Lannister, Missandei, Jon Snow, Theon Greyjoy, Ser Davos, Tyrion Lannister, Brienne of Tarth, Jaime Lannister, dan yang lain kecuali Daenerys Targaryen yang tidak kelihatan di dalam pertemuan itu.

Jadi, judul episod itu mungkin merujuk kepada pertemuan berkenaan... atau pun bunga-bunga cinta antara Jon dan Dany yang semakin berkembang mekar... atau keduaduany­a sekali?

Bercerita mengenai rekod, episod ‘Beyond the Wall’ minggu lepas hampir sahaja memecah satu lagi penanda aras rangkaian itu, menarik 10.2 juta penonton (dan lebih daripada 14 juta jika termasuk ulangan dan stiriming).

Ini menyamai rekod ‘The Spoils of War’ di awal musim sebagai episod kedua paling banyak ditonton dalam siri itu.

Biasanya, finale Game of Thrones cenderung mencatat rekod baharu.

Oleh itu, sama-sama kita tunggu episod akhir ini sama ada ia akan mencatat satu lagi rekod baharu sebelum penantian panjang untuk musim kelapan yang akan memulakan produksi pada Oktober depan dan dijangka akan ditayangka­n pada penghujung 2018 atau awal 2019.

Sementara itu di Malaysia, siri popular ‘Game of Thrones’ dapat ditonton sama waktu dengan AS menerusi saluran HBO (Astro 411) dan definisi tinggi di HBO HD (Astro 431), bermula jam 9 pagi, setiap Isnin dan siaran ulangannya pula pada jam 9 malam hari yang sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia