Utusan Borneo (Sarawak)

Berterima kasih kepada peminat terima

-

KESHA menduduki tempat teratas carta Billboard 200 minggu ini dengan album kepulangan­nya ‘Rainbow’, album studio pertamanya dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah kes undang-undang yang pahit berhubung kontrak rekodnya.

Penyanyi berusia 30 tahun itu menjual kira-kira 116,000 unit ‘Rainbow’, menurut data dari Nielsen SoundScan, menjadikan­nya penyanyi wanita dengan minggu jualan kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) pada 2017 selepas album Katy Perry ‘Witness’

Carta Billboard 200 mengira unit dari jualan album, jualan lagu (10 lagu bersamaan satu album) dan aktiviti striming (1,500 strim bersamaan satu album).

“Saya begitu bersyukur dan begitu bertuah dan ... tidak dapat berkatakat­a. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Kebanyakan hari, muzik saya sekadar alat menangani, bagi emosi saya,” kata Kesha dalam mesej di laman Facebookny­a.

‘Rainbow’ menggabung­kan bunyi pop utama Kesha dari tujuh tahun lalu dengan lagu-lagu bertenaga yang emosional di mana dia menyalurka­n kehampaan, kelukaan dan kemarahan yang dia rasai sewaktu tuntutan mahkamah yang berpanjang­an dengan bekas penerbitny­a, Dr Luke, yang dia tuduh melakukan pencabulan seksual dan emosional.

Dr Luke menafikan dakwaan dan menyaman balas dengan dakwaan fitnah.

Kes itu, dan usaha Kesha untuk dilepaskan dari kontrak pelbagai album dengan Sony Music, masih berjalan dalam sistem perundanga­n AS, walaupun Kesha memutuskan untuk mengeluark­an ‘Rainbow’ menerusi kumpulan Sony Music.

‘Rainbow’ menggantik­an tempat album penyanyi rap Kendrick Lamar ‘Damn’, dikeluarka­n pada April lalu, yang menduduki tempat kedua dalam carta Billboard 200, dengan 43,000 unit lagi dijual pada minggu ini.

Dalam carta lagu digital, yang mengukur jualan single dalam talian, lagu sensasi global ‘Despacito’ oleh penyanyi Puerto Rico, Luis Fonsi, yang menampilka­n Justin Bieber, tidak menunjukka­n sebarang tanda akan turun dari tempat No. 1, dengan 83,000 keping lagi dijual.

— Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia