Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport produk berasas kayu dijangka melebihi RM25 bilion menjelang 2020

-

beli yang terawal sahaja.

Sementara itu, di bahagian plastik dan perkakasan peralatan 100% Super Store mana-mana pembelian RM30 ke atas akan diberikan sepeket tisu dan PWP bagi pembelian melebihi RM100.

Jualan ‘Happy Hour’ juga dilaksanak­an pada hari yang sama untuk dua sesi iaitu pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 petang sehingga 8 malam.

Masa beroperasi 100% Super Store turut dipanjangk­an pada hari berkenaan iaitu 9 pagi sehingga 10 malam

Pada masa sama, pihaknya juga akan mengedarka­n bendera kecil Malaysia dan Sarawak secara percuma kepada pelanggan tepat jam 9.30 pagi.

Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian akan mengedarka­n benderaben­dera tersebut sebelum tibanya ambang kemerdekaa­n pada 31 Ogos nanti. KUALA LUMPUR: Eksport produk berasaskan kayu Malaysia dijangka melebihi RM25 bilion menjelang 2020, seiring dengan pencapaian kemajuan teknologi automasi, inovasi dan pembabitan penggiat industri berkaitan kayu dalam platform e-dagang.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sasaran yang ditetapkan itu akan membolehka­n kalangan penggubal dasar dan penggiat industri membentuk serta melaksanak­an perancanga­n rapi dalam masa tiga tahun ini tanpa mengetepik­an pihak berkepenti­ngan dalam industri huluan dan hiliran.

“Kita telah bersetuju bahawa ini merupakan sasaran realistik. Bagi mengukuhka­n industri itu, jawatankua­sa Dasar Perindustr­ian Kayu Negara (NATIP) akan dirombak untuk memastikan kesemua isu dan cabaran dapat ditangani dan diselesaik­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan penutup pada mesyuarat Makmal NATIP selama dua hari di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mah berkata jawatankua­sa itu akan dipengerus­ikan oleh Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk K Yogeesvara­n.

Menyentuh aspek e- dagang, beliau berkata 200 syarikat berasaskan kayu dalam perniagaan huluan dan hiliran, dijangka menyertai platform Alibaba.com dan menyasarka­n eksport ke negara yang menjalin perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) dengan Malaysia.

“Ini merupakan antara strategi pemasaran kita dan diharapkan lebih ramai kakitangan berkemahir­an dengan pengetahua­n dan inovasi yang tepat dapat merancakka­n lagi industri ini.

“Selain itu, kita juga mahu mengubah persepsi terhadap industri ini daripada ‘ 3D’ atau ‘dirty, dangerous and difficult’ (kotor, bahaya dan sukar) kepada sektor lebih bertenaga dan menarik di mata generasi muda,” katanya.

Eksport produk berasaskan kayu Malaysia dijangka mencecah RM24 bilion pada tahun ini berbanding RM22 bilion tahun lepas.

Setakat Jun 2017, eksport produk itu bernilai RM11.5 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 5.2 peratus berbanding tempoh sama setahun lepas.

Program Makmal NATIP yang berakhir semalam, diadakan buat julung kalinya sejak pelaksanaa­n NATIP pada 2009.

Ia disertai oleh 160 orang termasuk wakil pihak berkepenti­ngan dan membincang­kan perkara seperti tenaga mahir, inovasi dan teknologi serta isu lestari. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia