Utusan Borneo (Sarawak)

Proses miliki sijil halal perlu dipermudah­kan

-

PUTRAJAYA: Proses perolehan sijil halal kepada penggiat industri tempatan, perlu dipermudah­kan dan diseragamk­an bagi mengoptimu­mkan potensi industri halal yang semakin berkembang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata antara langkah yang boleh dipertimba­ngkan ialah memberi keutamaan atau mempercepa­tkan permohonan sijil halal daripada syarikat yang telah memiliki sijil tertentu seperti Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP) atau Amalan Pengilanga­n Baik yang dipraktikk­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Secara asasnya sijil dan logo halal dikeluarka­n oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), namun pada masa yang sama terdapat kementeria­n yang turut menetapkan standard tertentu kepada penggiat industri sebelum mendapat sijil perakuan, yang antara lain turut meliputi perkara asas dalam perakuan sijil halal.

“Sebagai contoh, jika sya- rikat itu telah memiliki sijil myGAP, kita mahu tahu apa lagi yang perlu dilakukan bagi memperoleh perakuan halal Jakim, dan ini antara yang perlu diberi tumpuan dan dimudahcar­akan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Memperkasa Ekosistem Industri Halal di sini semalam.

Othman berkata jumlah eksport makanan halal negara sebanyak RM42 bilion yang direkodkan tahun lepas adalah terlalu rendah berbanding po- tensi pasaran produk makanan halal dalam kalangan negara Islam yang bernilai AS$680 bilion.

“Kita yakin penggiat industri halal tempatan bersedia untuk ke pasaran dunia, namun perkara utama yang perlu diselesaik­an dahulu ialah bagaimana perolehan sijil perakuan halal dapat dipermudah­kan,” katanya.

Othman berkata Jabatan Standard Malaysia telah diminta untuk mengkoordi­nasi pertemuan antara kementeria­n dan agensi yang mem- punyai standard dan piawaian dalam amalan masing-masing bagi mencari satu kaedah terbaik untuk amalan tersebut diselarask­an bagi memudahkan Jakim mengeluark­an sijil halal.

Katanya mesyuarat hari ini juga mengambil maklum mengenai masalah yang dihadapi Jakim iaitu kekurangan petugas dalam menguruska­n proses persijilan halal, dan akan mencadangk­an kepada kerajaan agar graduan dalam jurusan agama diambil sebagai petugas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia