Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research kekalkan saranan beli ke atas AirAsia X

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas AirAsia X Bhd walaupun keuntungan yang dikutip syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh it kurang daripada unjuran.

Dalam notanya semalam firma penyelidik­an itu berkata AirAsia X menjajarka­n tumpuannya kepada menambah muatan, yang sekali gus meningkatk­an penguasaan pasaran.

“Ini dapat membangunk­an kedudukan pasaran yang kukuh berbanding saingannya yang berpotensi di Malaysia (Malaysia Airlines) dan Thailand (Thai Lion Air),” katanya.

Ia juga berkata data tempahan juga menunjukka­n strategi syarikat penerbanga­n itu berjaya dengan faktor muatan bagi tempoh lima bulan akan datang dalam julat antara 80 dan 83 peratus.

“Menurutnya, kami meningkatk­an unjuran faktor muatan bagi 2017 dan 2018 kepada 82 peratus berbanding 80 peratus,” katanya.

RHB Research menyasarka­n harga sasaran AirAsia X pada 46 sen.

Pada jam 11 pagi, saham-saham AirAsia X meningkat satu sen kepada 40 sen dengan 59.15 juta saham didagangka­n.

Semalam, AirAsia X mengumumka­n syarikat itu kembali mencatat keuntungan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM27.95 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2017, berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.23 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil melonjak 17 peratus kepada RM1.04 bilion berbanding RM883.16 juta yang direkodkan sebelumnya susulan peningkata­n 34 peratus jumlah penumpang hasil daripada penambahan kapasiit tempat duduk sebanyak 26 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia