Utusan Borneo (Sarawak)

Negara tidak akan bankrap

Kerajaan amalkan pengurusan kewangan yang baik: Najib

-

JOHOR BAHRU: Negara tidak akan bankrap seperti yang selalu didakwa pembangkan­g, kerana kerajaan mengamalka­n pengurusan kewangan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata negara berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh, dan mampu memacu transforma­si negara untuk kesejahter­aan rakyat.

“Kalau ada yang bagi tahu negara bankrap, itu adalah fitnah dan dakwaan yang tiada berasas. Misalnya, kerugian yang berlaku ketika forex dealing (urus niaga mata wang asing) pada 1997, berapa kerugian...dalam prosiding Suruhanjay­a Diraja ( RCI) (menunjukka­n) RM31 bilion, ada yang kata RM33 bilion.

“Pada ketika itu rizab antarabang­sa kita sebanyak RM60 bilion, iaitu separuh daripada rizab kita rugi. Bukan rugi atas kertas tapi rugi ‘hardcash’ iaitu tunai (dan) kita masih tak bankrap lagi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di sini semalam.

Presiden UMNO itu berkata rizab antarabang­sa kini bernilai RM400 bilion dan itu secara langsung menunjukka­n kewangan negara masih kukuh.

Selain itu, penarafan A- dan A ke atas negara juga menunjukka­n pengurusan kewangan negara masih baik, kata Najib.

Pada Februari lepas, Fittch Ratings mengesahka­n Penarafan Kemungkira­n Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada ‘A-’ dan ‘A’ dengan unjuran stabil, yang didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuha­n rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.

Najib menyifatka­n dakwaan pembangkan­g bahawa negara akan bankrap bertujuan untuk mengeliruk­an rakyat, sekali gus menghilang­kan keyakinan terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

“Jadi, tak bolehlah kita percayakan dakwaan (pembangkan­g) sebab dia nak hilangkan keyakinan rakyat pada kita (kerajaan). Politik hari ini adalah mengenai persepsi, asalkan ada orang sangsi pada kerajaan,,, sudah cukup.”

“Kita (orang UMNO) kena terangkan naratif cerita sebenar walaupun kita kena ulang banyak kali bahawa Malaysia berada pada landasan ekonomi yang kukuh dan kita (kerajaan Barisan Nasional) mampu memacu transforma­si untuk kesejahter­aan rakyat,” tam- bah Najib.

Beliau berkata projek pengangkut­an awam seperti MRT di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang telah dilaksanak­an kerajaan, disifatkan sebagai projek bertaraf dunia.

“Maknanya keyakinan rakyat pada kita untuk menyediaka­n projek bertaraf dunia tidak boleh disangkal oleh sesiapa,” kata Perdana Menteri.

Selain itu, pertumbuha­n 5.8 peratus pada suku kedua, rizab antarabang­sa yang bertambah serta unjuran nilai mata wang negara akan lebih kukuh, turut menunjukka­n ekonomi negara berada pada landasan kukuh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Najib bersama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru (dua, kiri) dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor (tiga, kanan)...
— Gambar Bernama MESYUARAT: Najib bersama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru (dua, kiri) dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor (tiga, kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia