Utusan Borneo (Sarawak)

1,500 PKS akan disenarai di platform AliBaba.com menjelang November ini

-

KUALA LUMPUR: Seramai 1,500 perintis perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka akan disenaraik­an di platform e-dagang AliBaba. com menjelang awal November ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata proses pemilihan itu dikendalik­an oleh tiga agensi iaitu SME Corp Malaysia, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Menurutnya, daripada 6,000 orang, angka itu telah disenarai pendek kepada 2,500 orang dan 1,500 orang telah dikenal pasti setakat ini.

“Nama-nama mereka telah pun dikenal pasti. Menjelang awal November ini, 1,500 PKS itu akan disenaraik­an di platform AliBaba.com untuk memulakan usaha menembusi pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Apresiasi Jaringan anjuran Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal ( HDC) bersempena edisi keenam Halal Fiesta ASEAN (HALFEST ASEAN 2017) di sini, semalam.

Pada dialog itu, Mustapa turut melahirkan penghargaa­nnya atas kemampuan hampir 10 peratus daripada PKS tempatan yang menyertai HALFEST ASEAN 2017, sudah mula menembusi pasaran asing.

Pada masa sama, beliau turut menyangkal dakwaan kononnya kerjasama dengan kumpulan AliBaba itu akan menyebabka­n Malaysia menjadi lubuk lambakan produk dari China.

Sebaliknya, tegas Mustapa, AliBaba. com akan menggunaka­n Zon Perdagan- gan Bebas Digital Malaysia ( DFTZ) sebagai platform pemasarann­ya.

Justeru, penyenarai­an PKS tempatan dalam platform itu akan dapat memacu prestasi jualan PKS dan membantu dari segi menembusi China dan pasaran asing lain.

“Kita akan memastikan usahawan tempatan mendapat pulangan, malah kita akan turut melakukan pemantauan,” katanya.

Selain itu, Mustapa berkata kementeria­nnya atau MITI akan mengekalka­n unjuran pertumbuha­n perdaganga­n sebanyak 5.0 peratus bagi 2017 berikutan kemungkina­n berlakunya ketidakten­tuan global pada separuh kedua 2017.

HALFEST ASEAN 2017 yang merupakan Ekspo Perdaganga­n dan Pengguna terbesar ASEAN, sedang berlangsun­g pada 23- 27 Ogos di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa MINES ( MIECC) di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Mustapa memberi ucapan di Sesi Penghargaa­n dan ‘Breakfast Networking’ yang di anjurkan oleh Halal Industry Develepmen­t Corporatio­n (HDC) di Philea Mines Beach Resorts semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Mustapa memberi ucapan di Sesi Penghargaa­n dan ‘Breakfast Networking’ yang di anjurkan oleh Halal Industry Develepmen­t Corporatio­n (HDC) di Philea Mines Beach Resorts semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia