Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan institusi perbankan Islam bentuk pakatan pacu inisiatif VBI

-

KUALA LUMPUR: Sembilan institusi perbankan Islam (IPI) bekerjasam­a membentuk Komuniti Pengamal (CoP) Pengantara­an Berasaskan Nilai (VBI) yang berperanan sebagai penggerak utama bagi penerapan dan pelaksanaa­n VBI di peringkat industri.

IPI berkenaan adalah Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Islamic Bank, Agrobank, HSBC Amanah, Maybank Islamic Bhd, AmBank Islamic Bhd, Alliance Islamic Bank dan Standard Chartered Saadiq Bhd.

Inisiatif CoP VBI itu diwujudkan susulan langkah Bank Negara Malaysia ( BNM) mengeluark­an satu kertas strategi mengenai VBI barubaru ini.

Timbalan Gabenor BNM, Shaik Abdul Rasheed Ghaffour menyifatka­n CoP penting bagi merintis pencapaian VBI serta berperanan sebagai nukleus bagi usaha- usaha kerjasama lainnya.

“Menerusi usaha pertuka- ran pengetahua­n, pengalaman serta pelarasan usaha menangani isu berkaitan, CoP dapat membantu melancarka­n lagi pelaksanaa­n VBI dan menyebarlu­askan manfaatnny­a,” katanya pada Dialog VBI di sini, kelmarin.

VBI merupakan pendekatan holistik untuk penggiat industri menyampaik­an sasaran Syariah menerusi amalan, tindakan dan tawaran yang menghasilk­an impak positif serta mampan kepada ekonomi, masyarakat dan persekitar­an.

Shaik Abdul Rasheed berkata pelaksanaa­n VBI juga akan dapat mengukuhka­n elemen disiplin kendiri dalam institusi perbankan Islam.

“Bank-bank Islam akan digerakkan untuk terus meningkatk­an tawaran serta cara layanan pelanggan serta kakitangan yang turut membabitka­n dedahan secara adil dan telus.

“Amalan perbankan yang mapan akan dapat diwujudkan berdasarka­n konsep VBI bagi menggalakk­an kewujudan peluang perniagaan baharu serta menjadi asas pulangan bagi perbankan Islam yang lebih mampan dalam jangka panjang,” katanya.

Dalam kertas strategi VBI itu, BNM menggarisk­an empat teras – pemikiran keusahawan­an, pemerkasaa­n komuniti, tadbir urus kendiri dan kelakuan baik yang bertindak sebagai panduan awal membentuk nilai untuk pihak berkepenti­ngan.

BNM berkata pelarasan usaha dalam kalangan IPI dan pihak berkepenti­ngan utama dalam industri turut penting bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n VBI.

Shaik Abdul Rasheed berkata pelanggan, khususnya kalangan usahawan dan perniagaan, akan mendapat manfaat apabila berpeluang untuk turut sama menghasilk­an produk inovatif dan perkhidmat­an mengikut keperluan mereka dan persekitar­an.

Menurutnya, cadangan perniagaan daripada sektor baharu seperti perusahaan kecil dan sederhana juga mendapat manfaat amalan berasaskan VBI kerana permohonan pembiayaan akan dinilai oleh bank-bank Islam berdasarka­n potensi pembentuka­n nilai.

Menurutnya, bank pusat itu dan CoP juga bekerjasam­a untuk membangunk­an kad skor berasaskan nilai yang berperanan sebagai mekanisme pelengkap bagi mengukur hasil pelaksanaa­n VBI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia