Utusan Borneo (Sarawak)

Ukuran KDNK dalam ringgit beri gambaran lebih baik mengenai ekonomi negara: Johari

-

KUALA LUMPUR: Pengukuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam ringgit merupakan faktor yang lebih mencermink­an kedudukan ekonomi negara berbanding dolar AS memandangk­an transaksi yang dilakukan oleh isi rumah, perniagaan dan kerajaan dibuat dalam mata wang tempatan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sambil menolak cadangan Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia supaya KDNK diukur dalam dolar AS sebagai cerminan yang lebih baik mengenai pertumbuha­n ekonomi negara, beliau berkata kenyataan seperti itu boleh menimbulka­n kekeliruan dan mencermink­an pemahaman yang rendah mengenai bagaimana ekonomi berfungsi.

“Berdasarka­n standard yang diterima pakai di peringkat antarabang­sa, saya ingin menyatakan bahawa KDNK diukur dalam dolar AS tidak relevan untuk ekonomi matang dan moden seperti Malaysia, atau pun KDNK sesuai diukur dalam dolar US untuk ekonomi yang tidak ‘menggunaka­n dolar’ dalam erti kata lain.

“Dalam mana-mana ekonomi yang bersandark­an kepada dolar, akan menyebabka­n dasar kebebasan dan fleksibili­ti sesebuah ekonomi akan hilang, sehingga menjejaska­n kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Johari berkata, pengumpula­n data KDNK Malaysia selari dengan standard antara- bangsa seperti yang ditetapkan oleh Bank Dunia serta Tabung Kewangan Antarabang­sa, dan kaji selidik dan pengumpula­n data oleh Jabatan Perangkaan meluas dan merangkumi semua sektor ekonomi.

Beliau berkata KDNK Malaysia dilaporkan pada harga yang berterusan, yang mengambil kira kesan perubahan harga dan pergerakan kadar pertukaran.

“Dalam erti kata lain, KDNK mencermink­an hanya perubahan dalam kuantiti barangan dan perkhidmat­an yang dihasilkan di negara ini,” katanya.

Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2017 dan 5.6 peratus pada suku pertama berbanding tempoh yang sama pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia