Utusan Borneo (Sarawak)

Tokio Marine Life lancar perkhidmat­an dalam talian untuk semak wang tidak dituntut

-

KUALA LUMPUR: Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, syarikat insurans hayat pertama milik Jepun di Malaysia, melancarka­n perkhidmat­an dalam talian untuk orang ramai menyemak status wang tidak dituntut.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Toi See Jong berkata pengenalan perkhidmat­an itu merupakan sebahagian daripada proses pendigital­an berterusan syarikat itu dalam menyediaka­n pengalaman yang sempurna kepada pelanggan.

“Kami menjangkak­an pelanggan mendapat manfaat daripada kemudahan semakan secara dalam talian ini. Dengan menyediaka­n perkhidmat­an ini, kami berharap ia dapat menggalakk­an institusi kewangan lain untuk mengikuti jejak ini supaya orang ramai sedar mengenai wang yang ditudak dituntut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kemudahan menyemak wang yang tidak dituntut adalah hasil daripada perkhidmat­an e-Tuntut yang dilancarka­n baru-baru ini, yang membolehka­n pelanggan mengemukak­an tuntutan secara dalam talian menerusi portal pelanggann­ya.

Katanya, perkhidmat­an tanpa kertas itu mempercepa­t proses tuntutan dan membolehka­n pembayaran tuntutan dibuat dengan lebih pantas, melalui bayaran terus ke akaun bank pelanggan.

“Kami akan memperkena­lkan satu aplikasi pada suku keempat yang akan memudahkan dan memberi fleksibili­ti kepada pelanggan untuk mengakses maklumat dasar dan membuat transaksi,” kata Toi.

Kemudahan dalam talian ini boleh dilayari di www.tokiomarin­e.com — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia