Utusan Borneo (Sarawak)

Nubex lancar syiling khas musim Haji 2017

-

KUALA LUMPUR: Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak serta logam bernilai lain di Malaysia, bakal melancarka­n syiling khas musim Haji 2017 bermula 28 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Bakhtiar Abd Majid berkata pembeli terawal boleh mendapatka­n syiling khas itu di bilik pameran Nubex di Damansara Perdana seawal 10 pagi dengan pilihan nombor siri terbaik.

“Kami yakin jualan syiling ini akan turut menerima sambutan yang baik berdasarka­n jualan syiling edisi khas lain sebelum ini.

“Dengan ciri kepingan emas dan perak boleh-lerai, syiling ini boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang selain simpanan istimewa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meraikan kehadiran Aidiladha tahun ini, Bakhtiar berkata syiling edisi khas Haji 2017 menampilka­n cetakan Kaabah di atas kepingan emas tulen 24 karat dengan kalimah tauhid tertera dalam khat kufi sebagai simbolik penyatuan umat Islam.

Kepingan perak tulen pula, mengelilin­gi kepingan emas dengan kemasan label dan nombor siri khas tertera di permukaann­ya.

Terhad kepada 2,000 keping sahaja, edisi syiling khas itu dijual pada harga serendah RM160 seunit dan boleh didapati secara dalam talian di www.nubex.my.

Nubex yang ditubuhkan sejak 2009, kini merupakan pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain, secara sah di Malaysia.

Syarikat itu turut mengedarka­n logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia