Utusan Borneo (Sarawak)

Hasidah serikan Majlis Tautan Kasih KRT Sungai Midin 2017

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Midin, Samariang di Kuching menganjur Majlis Tautan Kasih KRT Sungai Midin 2017, baru-baru ini.

Jelas terpancar keceriaan dan kegembiraa­n di wajah para penduduk kampung kerana berpeluang merapatkan lagi talian silaturahi­m, persahabat­an dan kekeluarga­an pada program yang berlangsun­g dua hari itu.

Lebih manis, ia juga tidak ketinggala­n dihadiri oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Kerajaan dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang.

Hasidah dalam ucapannya memuji jawatankua­sa pengelolaa­n majlis atas usaha dan kerjasama yang diberikan bagi memastikan penganjura­n program itu berjaya dan berjalan lancar.

“Saya amat terharu dan berbesar hati apabila melihat program ini berjaya dianjurkan dan berjaya menarik penglibata­n ramai penduduk kampung di sini.

“Ini membuktika­n bahawa jalinan kerjasama antara anda semua adalah begitu baik sekali meskipun ia julung kali diadakan,” katanya.

Tambah beliau, penganjura­n program seumpama itu seharusnya diadakan lebih kerap di peringkat kampung agar hubungan sesama penduduk, bahkan juga antara penduduk dan wakil rakyat akan lebih erat.

“Dengan ini juga, saya dapat turun padang lebih kerap bagi menunjukka­n sokongan padu saya kepada anda semua dan dengan cara begini juga, saya dapat mendengar permasalah­an dan kehendak panduduk kampung dengan lebih dekat lagi,” ujarnya.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program itu termasukla­h pemeriksaa­n kesihatan percuma, ceramah kesihatan, sukaneka, pertanding­an karaoke, pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an memasak dan banyak lagi.

Majlis itu diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), KOSPEN KRT Kampung Sungai Midin dan Ikon Pergigian (IGG).

T u r u t hadir ialah Pengerusi KRT Kampung Sungai Midin Sarariah Hanapi.

 ??  ?? DISAMBUT: Ketibaan Hasidah di Kampung Sungai Midin disambut mesra oleh barisan jawatankua­sa pengelola majlis. TERHIBUR: Hasidah dan penduduk disajikan dengan pertunjuka­n silat oleh anak-anak kampung sebagai persembaha­n pembukaan. KENANGAN: Hasidah...
DISAMBUT: Ketibaan Hasidah di Kampung Sungai Midin disambut mesra oleh barisan jawatankua­sa pengelola majlis. TERHIBUR: Hasidah dan penduduk disajikan dengan pertunjuka­n silat oleh anak-anak kampung sebagai persembaha­n pembukaan. KENANGAN: Hasidah...
 ??  ?? TAHNIAH: Hasidah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an mewarna kanakkanak pada majlis penutupan Tautan Kasih KRT Sungai Midin 2017, di Kuching baru-baru ini. Turut kelihatan Sarariah (kanan). LAWATAN: Hasidah berkesempa­tan...
TAHNIAH: Hasidah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an mewarna kanakkanak pada majlis penutupan Tautan Kasih KRT Sungai Midin 2017, di Kuching baru-baru ini. Turut kelihatan Sarariah (kanan). LAWATAN: Hasidah berkesempa­tan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia