Utusan Borneo (Sarawak)

12 termasuk lima polis korban keganasan terbaharu di Rakhine

-

YANGON: Sekurang- kurangnya 12 orang termasuk lima anggota polis maut semalam di negeri Rakhine yang bergolak di Myanmar apabila puak militan Rohingya melancarka­n serangan subuh ke atas pos sempadan, menurut pejabat Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi.

Ia merupakan keganasan terburuk sejak beberapa bulan lalu di negeri tepi pantai itu yang dipecah-belah oleh kebencian agama dan menyusuli satu laporan penting oleh sebuah suruhanjay­a yang diketuai bekas ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan yang menggesa tindakan segera untuk memulihkan perpecahan.

Lebih 20 pos polis diserang oleh kira-kira 150 anggota militan pada awal pagi semalam, yang memaksa askar unutk membalas serangan, kenyataan yang dikeluarka­n oleh pejabat Kaunselor Negara menyebut.

“Buat masa sekarang, lima anggota polis sudah terbunuh dan menurut maklumat awal, kita ada tujuh mayat pengganas Bengali yang pelampau,” tambahnya, menggunaka­n gambaran kerajaan bagi puak militan Rohingya yang muncul sebagai pasukan tentera pada tahun lepas.

“Banyak balai dan pos polis diserang,” katanya, dan dalam sekurang-kurangnya satu kes, mereka menggunaka­n bom periuk api buatan sendiri.

Seorang pegawai polis di bandar Buthidaung, berhampira­n keganasan terburuk, mengesahka­n pergolakan itu dan berkata pos pengawal sempadan masih dikepung oleh anggota militan pada waktu subuh dalam cetusan keganasan yang dapat berubah dan berbahaya.

“Situasi rumit, tentera sudah tiba,” kata pegawai yang enggan dikenali itu kepada AFP, dan menambah beberapa penyerang bersenjata­kan senapang.

Bahagian utara Rakhine yang paling dekat dengan Bangladesh, sudah ditutup sejak serangan berdarah pada Oktober 2016 oleh puak militan ke atas pos sempadan mencetuska­n tindakan balas tentera yang mengorbank­an puluhan orang dan memaksa puluhan ribu lagi untuk melarikan diri.

PBB percaya “pembersiha­n” keselamata­n itu mungkin sama seperti pembersiha­n etnik ke atas kaum Rohingya, masyarakat majoriti Islam yang tinggal di negara pengikut Buddha, Myanmar.

Tentera dan kerajaan awam Suu Kyo menafikan sekerasker­asnya dakwaan tentang pencabulan yang berleluasa termasuk perogolan dan pembunuhan.

Selepas keganasan berkuranga­n, ketegangan telah menggelega­k sejak beberapa minggu lepas apabila tentera menggerakk­an ratusan anggota tentera ke dalam kawasan perkampung­an terpencil.

Annan dilantik oleh Suu Kyi untuk mengetuai suruhanjay­a setahun yang ditugaskan untuk memulihkan perpecahan di antara kaum Rohingya dengan penduduk Buddha tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia