Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri bebas tuduhan mencabul kanak-kanak, terima ganti rugi AS$3.4 juta

-

CHICAGO: Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat yang dipenjara dengan silap selama 21 tahun atas tuduhan mencabuli kanak-kanak sebagai sebahagian daripada satu kultus syaitan, menerima ganti rugi sebanyak AS$3.4 juta ( RM15.3 juta) dari kerajaan Texas, beberapa bulan selepas pendakwa raya mengakui mereka tidak bersalah.

Dan dan Fran Keller, pengusaha sebuah kemudahan jagaan harian, menjadi tumpuan satu kes yang sensasi pada 1991, selepas dituduh oleh kanak-kanak melakukan pencabulan dan upacara gelap termasuk mencacatka­n bayi dan menyeksa haiwan peliharaan.

Pihak berkuasa kemudian mengakui kanak-kanak terbabit disoal siasat dengan cara yang tidak betul, mencetuska­n memori palsu, di tengah iklim ketakutan yang diburukkan lagi oleh kepercayaa­n di seluruh negara bahawa pemuja syaitan sedang mencari mangsa kanakkanak.

Doktor yang mendakwa telah menjumpai bukti fizikal bagi pencabulan turut mengakui pada 2013 bahawa dia telah membuat kesilapan ketika menilai punca bagi kecederaan salah seorang kanak-kanak terbabit.

Pasangan Keller dibebaskan dari penjara pada tahun itu, tetapi tidak dilepaskan sepenuhnya dari tuduhan terhadap mereka sehingga Jun lalu, apabila pendakwa akhirnya mengisytih­arkan mereka tidak bersalah.

Menurut undang-undang Texas, kedua- dua mereka berhak menerima ganti rugi sebanyak AS$ 80,000 ( RM360,000) bagi setiap tahun yang mereka berada dalam penjara. Mereka menerima bayaran sebanyak AS$3.4 juta kelmarin, kata peguam mereka Keith Hampton kepada AFP.

“Mereka gembira,” kata Hampton.

Pasangan itu hidup dalam kemiskinan sejak mereka dibebaskan, tidak dapat mencari kerja pada usia mereka yang lanjut dan kerana masalah mereka pada masa lalu dengan undang- undang, menurut akhbar Austin American-Statesman.

“Ini bermakna kami tidak perlu bimbang mengenai wang bantuan dari Keselamata­n Sosial, dan bil lewat. Ia bermakna kami akan benar- benar bebas. Kami dapat memulakan kehidupan – dan tiada lagi mimpi ngeri,” kata Fran Keller, 67, kepada akhbar tersebut.

Dia menangis Selasa lepas di hadapan kamera berita apabila dia mengetahui menerusi telefon bahawa kerajaan akan membayar ganti rugi.

“Saya benar-benar mahukan permohonan maaf dari kerajaan negeri. Tetapi memandangk­an kami tidak akan mendapatka­nnya secara lisan, ini sudah cukup memadai,” American- Statesman memetik Fran Keller sebagai berkata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia