Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Belanda bebas pemandu ‘van kanister gas’

-

THE HAGUE: Polis Belanda kelmarin membebaska­n pemandu van dengan plat Sepanyol, yang ditangkap di Rotterdam berhampira­n di mana sebuah konsert rock telah dibatalkan kerana kebimbanga­n mengenai serangan keganasan.

“Lelaki itu dibebaskan pada awal petang ini dan bukan lagi seorang suspek dalam siasatan,” kata polis Rotterdam dalam satu kenyataan.

Kelmarin polis Belanda telah memperting­katkan siasatan mengenai satu rancangan yang disyaki untuk menyerang sebuah konsert oleh kumpulan rock Amerika Syarikat di bandar tersebut selepas menerima maklumat “konkrit” daripada pihak berkuasa Sepanyol.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah diberkas ketika memandu sebuah van dengan plat Sepanyol dan membawa kanister gas berhampira­n dewan konsert Maassilo di mana pertunjuka­n itu dijangka akan diadakan.

Namun sudah terdapat kesangsian yang kukuh kelmarin bahawa dia sebenarnya mempunyai kaitan dengan ancaman.

Pemandu itu adalah seorang mekanik yang “kelihatan berada di bawah pengaruh bahan beralkohol,” kata polis sebelum itu, sambil menambah bahawa anggota polis telah menemui “beberapa biji kanister gas” di dalam vannya.

Dia telah ditahan dan dipindahka­n ke sebuah fasiliti polis pada Rabu lepas, tambah polis, menyatakan “rumahnya telah digeledah dan tiada kaitan dengan ancaman keganasan telah ditemui.”

Polis Sepanyol turut memutuskan lelaki tersebut berdasarka­n siasatan menyatakan dia memiliki “lima kanister gas di dalam vannya bagi kegunaan domestik” dan berada dalam keadaan mabuk teruk.

“Semasa disoal siasat ia telah dipastikan bahawa tiada hubungan di antara pemandu dan ancaman pada petang sebelumya,” menurut polis pada petang kelmarin.

Ketua polis Rotterdam Frank Paauw turut bersetuju bahawa “lelaki itu mempunyai nasib malang kerana berada di tempat yang salah pada masa yang salah.”

Bagaimanap­un polis masih menyoal siasat seorang lelaki berusia 22 tahun berkaitan dengan ugutan keganasan selepas dia ditangkap dalam satu serbuan awal pagi di wilayah selatan Brabant. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia