Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram serang hendap, bunuh lima di timur laut Nigeria

-

KANO: Lima orang, termasuk empat anggota pasukan militia, terbunuh kelmarin dalam serangan hendap oleh pejuang Boko Haram di wilayah Borno Nigeria di timur laut Nigeria, beberapa hari selepas serangan nekad di kawasan tersebut mengorbank­an 28 nyawa, pengawal sukarela tempatan memberitah­u AFP.

Satu konvoi trak yang diiringi oleh tentera dan militia telah diserang oleh pejuang Boko Haram di kampung Meleri di daerah Konduga yang telah beberapa kali berdepan dengan serangan Boko Haram.

“Kami kehilangan empat rakan setugas kami dan pemandu salah sebuah trak yang mereka iringi dalam serangan hendap,” kata Ibrahim Liman, ketua pasukan militia yang menentang Boko Haram.

Dua anggota tentera turut tercedera dalam serangan yang berlaku 27 kilometer dari bandar utama wilayah Borno, Maiduguri, menurut Liman.

Trak tersebut membawa pasir ke pekan Bama, 30 kilometer jauhnya, untuk kerja-kerja pembinaan semula yang dijalankan selepas kawasan tersebut musnah sepenuhnya ketika Boko Haram menaklukin­ya pada dua tahun lepas, menurut seorang lagi anggota militia Musa Ari.

“Anggota tentera dan pengawal sukarela dalam konvoi tersebut telah membalas serangan Boko Haram namun empat rakan setugas kami dan seorang pemandu telah terkorban,” menurut Ari.

Pada minggu lepas tiga pengebom nekad wanita telah meletupkan diri sendiri di pagar masuk ke sebuah kem bagi golongan yang tiada tempat tinggal di kampung berhampira­n Mandarari pada Selasa lepas, membunuh 28 orang serta mencederak­an 82 lain.

Daerah Konduga adalah sebuah kawasan panas terkenal bagi aktiviti Boko Haram, di sebalik dakwaan pihak kerajaan dan tentera bahawa Boko Haram sudah lemah, setelah dipaksa keluar dari kawasan mereka di Hutan Sambisa.

Konflik selama lapan tahun oleh Boko Haram bertujuan untuk membentuk sebuah Kerajaan Islam tegar telah menyebabka­n sekurangku­rangnya 20,000 maut dan 2.6 juta lagi hilang tempat tinggal, mencetuska­n salah satu bencana kemanusiaa­n utama di dunia.

Keganasan turut merebak sehingga ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia