Utusan Borneo (Sarawak)

UAE penjara lelaki Singapura ‘berpakaian seperti wanita’

-

SINGAPURA: Keluarga kepada seorang lelaki Singapura yang dipenjarak­an bersama seorang rakan transjanti­na di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana “berpakaian seperti wanita” semalam menuntut pembebasan mereka, ketika para aktivis bergegas mengumpul dana bagi membiayai kos perundanga­n.

Jurugambar fesyen Muhammad Fadli Abdul Rahman dan teman transjanti­na, Noor Vitriya Kistina Ibrahim, telah ditangkap di sebuah pusat beli-belah di Abu Dhabi dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada hujung minggu, kata ahli keluargany­a.

Abang Fadli, Saiful memberitah­u AFP dari Singapura bahawa mereka ditahan oleh polis pelanconga­n kerana “kelihatan seperti wanita”.

Kumpulan penyokong ‘Detained in Dubai’ menyatakan mereka telah disabitkan dengan tuduhan berkaitan dengan “kelakuan yang tidak sesuai melibatkan pemakaian mereka”.

Fadli, 26, memberitah­u keluargany­a bahawa dia telah memakai anting-anting dan sepasang tali leher pada masa beliau ditangkap, tambah Saiful.

“Kami mahu mereka dibebaskan dan kembali ke Singapura dengan secepat mungkin,” katanya, sambil menambah adiknya adalah seorang yang “peramah, periang dan mudah mesra.”

Menurut aktivis, Noor adalah seorang transjanti­na yang masih belum menjalani pembedahan perubahan jantina untuk menjadi wanita.

Radha Stirling, ketua kumpulan penyokong ‘Detained in Dubai’ yang berpusat di London dan rakan pengurus di firma perundanga­n Stirling Haigh, kelmarin berkata organisasi beliau akan merayu terhadap keputusan tersebut dan meminta hukuman itu diringanka­n kepada denda dan penghantar­an pulang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia