Utusan Borneo (Sarawak)

KLINIK KESIHATAN DURIN, SEKUAU DIIKTIRAF KLINIK RAKAN BAYI •

- Oleh Reno Benjamin

KLINIK Kesihatan Durin dan Klinik Kesihatan Sekuau di Bahagian Sibu telah diiktiraf sebagai Klinik Rakan Bayi, dalam meningkatk­an amalan penyusuan susu ibu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Muhamad Rais Abdullah memberitah­u, ini merupakan satu usaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia sejak 2015 untuk mempromosi, melindung dan menyokong penyusuan susu ibu di kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmat­an kepada ibu dan anak.

“Ini juga merupakan kesinambun­gan daripada pelaksanaa­n inisiatif Hospital Rakan Bayi,” ujarnya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Bahagian Sibu di Klinik Kesihatan Lanang, baru-baru ini.

Menurut Dr Muhamad Rais, Klinik Rakan Bayi perlu melaksanak­an sembilan langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya.

Sembilan langkah tersebut merangkumi pelbagai aspek yang membantu dan memastikan amalan penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

“Ini termasuk melatih anggota kesihatan yang terlibat dalam perkhidmat­an ibu dan anak dalam kemahiran pengurusan penyusuan susu ibu.

“Ini bagi memastikan setiap warga kesihatan dilengkapi dengan pengetahua­n yang betul untuk membantu pelaksanaa­n amalan ini,” ujarnya sambil menambah lebih 80 peratus warga kesihatan di Bahagian Sibu telah dilatih dan mampu melaksanak­an amalan ini.

Di samping itu katanya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu juga telah ditubuhkan untuk menyokong amalan ini, yang terdiri daripada ahli komuniti itu sendiri dan juga anggota kesihatan.

“Di Bahagian Sibu, kita telah berjaya menubuhkan enam kumpulan sokongan penyusuan susu ibu sama ada di peringkat hospital, klinik dan juga komuniti.

“Ini termasuk Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu dan kumpulan ini merupakan antara yang paling aktif dalam menjalanka­n aktiviti-aktiviti untuk membantu ibu-ibu di Bahagian Sibu,” jelas Dr Muhamad Rais.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Bahagian Sibu yang disambut setiap tahun pada minggu pertama bulan Ogos.

Antara aktiviti ini ialah pameran penyusuan susu ibu, ceramah kesihatan, demo masakan, kelas senaman antenatal, pertanding­an mewarna kanak-kanak dan sebagainya.

Hadir sama pada majlis ialah Pengerusi Kumpulan Sokongan Susu Ibu Sibu Saemah Hamidon, pengerusi program Dr Siti Awa Abdul Ghalib serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia