Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Polis cekup dua lelaki tempatan

Syabu dirampas, satu lagi kegiatan pengedaran dadah berjaya ditumpas JSJN Bintulu

- Oleh Ambrose Rirang

Salah seorang suspek mengaku menjadi dalang bagi merekrut orang tempatan dan bukan tempatan mengedar dadah di kawasan sekitar Bintulu. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Bintulu

BINTULU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bintulu berjaya menumpaska­n satu lagi kegiatan pengedaran dadah dengan penangkapa­n dua lelaki tempatan di kawasan perumahan Jalan Sebiyu di sini sekitar jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata tangkapan itu menemui dadah jenis syabu seberat 6.7 gram anggaran nilai RM1,200 diletakkan di papan pemuka kereta kedua- dua suspek berumur 21 dan 33 tahun.

“Salah seorang suspek mengaku menjadi dalang bagi merekrut orang tempatan dan bukan tempatan mengedar dadah di kawasan sekitar Bintulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, dalam operasi sama dikenali Ops Gempur polis turut berjaya menahan empat warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dan tiga daripada mereka disahkan positif dadah jenis metham- phetamin.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Zailanni berkata, pihaknya amat memandang serius isu dadah di sini dan memerangi habis-habisan aktiviti penjualan serta sindiket terbabit bagi memastikan Bintulu bebas najis dadah.

Justeru, beliau berharap orang awam melaporkan dengan segera atau menghubung­i balai polis berdekatan sekiranya mengetahui sebarang kegiatan pihak tertentu mencurigak­an kegiatan mengedar atau menyalahgu­nakan dadah.

 ??  ?? DITAHAN: Kedua-dua suspek ditahan JSJN dalam operasi di salah sebuah kawasan perumahan Jalan Sibiyu, Bintulu kelmarin.
DITAHAN: Kedua-dua suspek ditahan JSJN dalam operasi di salah sebuah kawasan perumahan Jalan Sibiyu, Bintulu kelmarin.
 ??  ?? BAHAN BUKTI: Dadah jenis syabu seberat 6.7 gram anggaran nilai RM1,200 berjaya dirampas daripada kedua-dua suspek.
BAHAN BUKTI: Dadah jenis syabu seberat 6.7 gram anggaran nilai RM1,200 berjaya dirampas daripada kedua-dua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia