Utusan Borneo (Sarawak)

Norkiah terima anugerah tertinggi Hari Wanita Peringkat Negeri 2017

-

KUCHING: Isteri bekas Yang diPertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah mendahului senarai tokoh wanita menerima anugerah sempena sambutan Hari Wanita 2017 Peringkat Negeri Sarawak, semalam.

Beliau menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib yang disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sekali gus membawa pulang trofi, sijil, sejambak bunga serta wang tunai RM5,000.

Penganuger­ahan itu bagi menghargai sumbangan dan peranan Norkiah memartabat­kan wanita negeri ini menerusi jawatan yang digalasnya termasuk sebagai penaung beberapa persatuan dan pertubuhan seperti Institut Persekutua­n Wanita Sarawak (SFWI) dari 2001-2013, Persatuan Pandu Puteri Sarawak (2001-2013) dan Guild Trefoil Girl Guide (GGTG) Cawangan Sarawak (2001-2013).

Selain itu, beliau juga menjawat jawatan sama dalam Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAng­gota Kerajaan (MAKSAK) (2001-2013), Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Seni Malaysia Sarawak (2013 hingga sekarang) dan beberapa agensi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Ketika ditemui pemberita, Norkiah berkongsi kegembiraa­n namun tidak menyangka akan diberi penganuger­ahan yang disifatkan­nya besar dan bermakna itu.

“Saya amat gembira atas pengiktira­fan yang cukup besar ini kerana saya langsung tidak menyangka akan diberikan anugerah ini.

“Bagaimanap­un, saya amat berterima kasih kepada semua pihak atas pengiktira­fan yang sungguh bermakna ini,” katanya.

Norkiah sebelum ini juga giat menyertai bidang kesukarela­wan termasukla­h program dan aktiviti di rumah-rumah kebajikan kanak-kanak, rumah orang tua dan organisasi kebajikan lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Malah, beliau juga sentiasa bergiat secara menyeluruh dalam kerja kesukarela­wan dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Anugerah lain yang pernah diperolehi­nya sebelum ini termasukla­h Doktor Kehormat dalam Ijazah Sarjana Muda Kemanusiaa­n dari Universiti Victoria Switzerlan­d serta Pingat Cemerlang Delima (Emas) Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DPBK).

Sementara itu, turut menerima pengiktira­fan ialah bekas atlet renang negara Tania Hamid Bugo yang menerima Anugerah Pencapaian Khas Dalam Bidang Sukan 2017.

Memiliki Sarjana Muda Ekonomi dari New Zealand dan Sarjana Muda Pendidikan Awal KanakKanak dari Singapura, pemilik Tadika dan Taska Sri Keria ini pernah memegang rekod 13 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) III selain berjaya mencipta 12 rekod baharu seawal usia 14 tahun, malah diangkat sebagai atlet wanita terbaik pada tahun 1990.

“Saya amat bersyukur kerana sejarah sukan yang diceburi ini sudah lama sekitar tahun 90-an, tetapi ia amat signifikan dengan saya.

“Saya berharap apa yang saya terima hari ini (semalam) mampu menjadi inspirasi dan galakan kepada anak-anak muda di luar sana, terutama wanita agar terus bekerja keras, memulakan sesuatu sehingga ke akhirnya dan terus melakukan yang terbaik.

“Apapun yang anda lakukan, tiada alasan untuk tidak dapat menempa kejayaan,” ujarnya.

Tania menambah, meskipun hendak berjaya bukan sesuatu yang mudah, tetapi jika beliau boleh, maka wanita lain juga pasti boleh.

Empat anugerah lain turut disampaika­n oleh Abang Johari pada majlis tersebut iaitu Anugerah Ketua Menteri Kepimpinan Wanita kepada Christine Wee Yian Ping, Anugerah Ketua Menteri Bidang Penggiat Sosial Wanita kepada Dora Abdul Rahman dan Anugerah Ketua Menteri Bidang Usahawan Wanita kepada Audry Mariette Sylvie Wan Ullok, manakala Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak menerima Anugerah Pertubuhan Wanita Cemerlang.

Lima penerima anugerah itu masing-masing membawa pulang trofi, sijil, sejambak bunga serta wang tunai RM3,000.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, bekas Yang di- Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah serta yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Norkiah (tengah) menerima anugerah yang disampaika­n oleh Abang Johari (kiri) sambil disaksikan Fatimah pada sambutan Hari Wanita 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Norkiah (tengah) menerima anugerah yang disampaika­n oleh Abang Johari (kiri) sambil disaksikan Fatimah pada sambutan Hari Wanita 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia