Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha akuakultur bantu ekonomi warga Mas Gading

-

BAU: Petani dan penternak di Parlimen Mas Gading digalak mengusahak­an akuakultur ekoran permintaan sumber protein ikan kian meningkat saban hari akibat pertambaha­n populasi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata kementeria­nnya sedang mempromosi­kan akuakultur sebagai salah satu akternatif bagi membantu pertumbuha­n ekonomi negara.

“Kementeria­n kita sedang memberi tumpuan kepada akuakultur kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya hasil tangkapan ikan yang diperolehi daripada laut.

“Penduduk kita semakin hari semakin meningkat bagaimanap­un, kawasan permukaan laut kita mungkin akan menjadi lebih luas lagi.

Maka jika kita bergantng sepenuhnya dengan tangkapan ikan dilaut ia akhirnya akan habis,” katanya.

Jelasnya, memandangk­an permintaan ikan semakin banyak, ia dijangka menyebabka­n harga ikan meningkat dengan mendadak sekali. Lagipun, hari ini kita tidak akan mendapat ikan bawal hitam atau putih sebanyak RM20 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjalanka­n perasmian Konvoi Kembara Merdeka peringkat Bau di Kampung Sibuluh semalam.

Beliau juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata, perlu adanya alternatif lain bagi menampung permintaan tersebut daripada memberi tekanan terhadap tangkapan ikan dari perairan laut Malaysia.

Ikan talapia, keli juga baung mempunyai potensi besar untuk diternak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memberi pulangan hasil kepada penternakn­ya

“Oleh itu saya menggalakk­an penduduk di Bau terutama petani untuk meneroka akuakultur kerana ia juga mempunyai prospek besar,” katanya.

Sebelum ini seorang penternak di Serikin, telah berjaya menternak ikan empurau yang mempunyai nilai jualan yang amat besar namun memakan masa di antara tiga hingga lima tahun.

Kementeria­nnya, melalui Jabatan Perikanan Malaysia, bersedia membantu petani yang berminat untuk meneroka akuakultur.

Baru- baru ini di Kampung Bogag, kementeria­nnya menerusi Jabatan Perikanan Malaysia, telah memberi benih anak ikan dan makanan ikan bagi membantu petani yang berminat.

Pihaknya mengakui bahawa kebanyakan kos pemelihara­an ikan terutama sekali makanannya agak berkos seperti ternakan lain.

Nogeh sendiri baru-baru ini telah membawa rombongan seramai 60 orang dari Sarawak termasuk 20 dari Mas Gading untuk lawatan sambil belajar ke Temerloh di Pahang bagi melihat penternaka­n ikan Patin di dalam sangkar.

Sarawak juga mempunyai potensi yang sama disebabkan kualiti air sungai di dalam negeri ini masih berada di tahap kualiti yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia