Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam dipelawa sertai ceramah kesihatan DAP Miri

-

MIRI: Orang awam dipelawa bagi menyertai program ceramah kesihatan jantung anjuran Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Miri pada 9 dan 10 September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr. Ting Tiong Choon berkata, program percuma kepada masyarakat setenpat itu akan berlangsun­g di hotel Imperial Palace Miri pada jam 7 malam (9 september) dan 2 petang (10 September).

“Usaha ini adalah untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan diri terutamany­a jantung.

“Tiada bayaran dikenakan. Kita mahu orang awam mengambil peluang ini untuk mengetahui tahap kesihatan masing- masing,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam. Hadir sama ialah Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling.

Menurutnya, parti tersebut menjemput pakar kardiologi interversi, Dr, Tang Sie Hing dari Kuching untuk mengendalk­ikan aktiviti berkenaan.

Ceramah akan dikendalik­an dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin dengan dua topic yang akan dibentangk­an iaitu ‘Why Exercise Can Lead To Death?’ dan ‘ Why Heart Disease Can Lead To Stroke?’.

“Selain itu, sesi soal jawab turut disediakan kepada para peserta yang ingin bertanyaka­n mengenai kesihatan jantung,” ujarnya.

Mereka yang i ngin mendaftar atau mengetahui lanjut berhubung ceramah kesihatan tersebut, boleh menghubung­i Dr. Ting di talian 019-889 8764.

 ??  ?? SERTAI UPP: Wong (dua kiri) menyampaik­an baju korporat UPP kepada Benny sambil diperhatik­an Andrew Wong (kiri) dan Andrew Ting (kanan) semalam.
SERTAI UPP: Wong (dua kiri) menyampaik­an baju korporat UPP kepada Benny sambil diperhatik­an Andrew Wong (kiri) dan Andrew Ting (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia