Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS lakar sejarah lancar Pusat Penyelidik­an dan Aplikasi Dron

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) melakar sejarah apabila melancarka­n Pusat Penyelidik­an dan Aplikasi Dron (DRAC) di kampusnya di sini semalam.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata penubuhan DRAC adalah sejajar dengan hala tuju dan aspirasi inisiatif Ekonomi Digital kerajaan negeri Sarawak, selain sebagai langkah proaktif dalam menangani peluang dan cabaran yang ditimbulka­n oleh teknologi dron.

Malah beliau turut beranggapa­n bahawa pelancaran pusat penyelidik­an itu menjadi penanda aras baharu bagi UCTS sebagai peneraju memperkena­l penggunaan dron secara profesiona­l kepada pelajar dan orang ramai yang berminat dalam teknologi baharu tersebut.

“Ia sungguh mengujakan untuk mengetahui bahawa dron mempunyai banyak kelebihan dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang akan kita pelajari lebih dalam lagi hari ini. Kita kini hidup dalam dunia digital yang semakin terhubung.

“Oleh itu, dengan memanfaatk­an pengalaman dan kepakaran rakan dari negara Taiwan itu, DRAC dapat bek- erjasama denga agensi kerajaan termasuk pemain industri meneroka dan membangunk­an aplikasi dapat memberi nilai dalam pasaran berpotensi seperti pertanian, pembinaan, tanah dan ukur, keselamata­n, logistik, pelanconga­n dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran DRAC di UCTS, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Naib Canselor UCTS Prof Dato ‘ Dr Abdul Hakim Juri, Presiden CJCU Prof Dr Lee Yung Lung, Pengerusi GEOSAT Aerospace & Technology Inc Dr Lo Cheng Fang, deligasi dari CJCU serta kenamaan yang lain.

Menurut Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua, penubuhan pusat (DRAC) tersebut adalah kerjasama di antara UCTS dengan Chang Jung Christian Universiti (CJCU) dan GEOSAT Aerospace and Technology Incorporat­ed.

Di samping itu, beliau turut memberitah­u bahawa sebagaiman­a kepentinga­n dan penerapan dron mula berkembang, permintaan untuk pengendali dron atau juruterban­g juga akan meningkat.

Katanya, sehubungan itu terdapat peluang besar bagi DRAC untuk menyediaka­n pendidikan dan latihan ke atas dron dan operasi dron, terutama aspek keselamata­n.

“Saya mengesa semua kakitangan DRAC supaya menjalinka­n kerjasama rapat bersama agensi kerajaan dan pemain industri bagi mewujudkan peraturan yang selaras dengannya.

“Kerjasama itu juga untuk membangun teknologi dapat membantu organisasi mengawal atau meningkatk­an tahap keselamata­n pesawat seperti membuat mandatori dan sistem mengelakka­n perlanggar­an semua dron,” kata Wong juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.

Untuk tujuan itu, beliau mencadang supaya suatu Jawatankua­sa Penasihat Dron ditubuh terdiri daripada ahli DRAC, pemain industri, agensi kerajaan persekutua­n dan negeri termasuk DCA, polis, Jabatan Tanah dan Ukur dan sebagainya.

Jelasnya, jawatankua­sa ini boleh membantu dan memberi nasihat kepada kerajaan untuk membuat dasar dan peraturan tepat apabila teknologi dron berkenaan berkembang.

“Sebagai balasan, kerajaan negeri akan memberi sokongan, dari segi kakitangan, kemudahan, bentuk sumber kewangan atau lain- lain,” katanya.

 ??  ?? DILANCARKA­N: Wong (tiga dari kanan) melancarka­n DRAC di UCTS, semalam. Sementara Hakim (dua kanan), Lee (tiga kiri) dan yang lain melihat sama.
DILANCARKA­N: Wong (tiga dari kanan) melancarka­n DRAC di UCTS, semalam. Sementara Hakim (dua kanan), Lee (tiga kiri) dan yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia