Utusan Borneo (Sarawak)

PBB adakan TGM awal tahun depan

Tarikh, tempat belum diputus setakat ini dan akan ditetap kemudian: KM

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan ( TGM) yang dijangka berlangsun­g awal tahun depan.

Bercakap pada sidang media semalam, Presiden PBB itu berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mengurus dan menyelia TGM PBB yang akan dipengerus­ikan Pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tambahnya, selain itu ia turut dibantu Pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Bagaimanap­un, Abang Johari berkata tarikh dan tempat belum diputus setakat ini dan akan ditetapkan kelak.

“PBB akan mengadakan TGM pada awal tahun depan (2018). Namun, setakat ini tempat dan tarikh belum lagi diputuskan namun ia akan

PBB akan mengadakan TGM pada awal tahun depan (2018). Namun, setakat ini tempat dan tarikh belum lagi diputuskan namun ia akan ditetap jawatankua­sa TGM. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

ditetap jawatankua­sa TGM,” katanya.

Abang Johari berkata demi- kian ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya mesyuarat peringkat ranting berkemungk­inan diadakan pada Oktober atau November depan sebagai persiapan sebelum TGM PBB.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahka­n beberapa perkara menjadi topik perbincang­an semasa mesyuarat semalam termasuk transforma­si ekonomi negeri ke arah digital dan pendidikan.

Menurutnya, kerajaan telah memaklumka­n tentang kursus baharu diperkenal menerusi Yayasan Sarawak.

“Ia membolehka­n kita untuk membina kapasiti dan modal insan berbakat dalam usaha mencapai era ekonomi digital.

“Dan dengan itu, ia sekali gus membawa impak positif kepada masyarakat dan perkembang­an negeri ini,” katanya. KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengemukak­an beberapa muka baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ketua Menteri juga Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, ia sekali gus memberi peluang kepada ahli PBB lain terutama lebih muda.

“Seperti semua sedia maklum bahawa sudah menjadi budaya dalam PBB bahawa ada di kalangan panyandang kita mahu bersara dan mereka memberi laluan kepada ahli lain.

“Ini pasti memerlukan parti mencari pengganti kerana kita sudah pasti mahu mempersiap ahli muda dalam parti,” katanya.

Jelas Ketua Menteri lagi, ada beberapa daripada penyandang sedia ada mennyataka­n hasrat mengundur diri dan salah seorangnya Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang turut dihadiri dua Pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di ibu pejabat PBB di sini, semalam.

Selain Uggah, sebelum ini antara penyandang kerusi PBB yang telah menyatakan hasrat mengundur diri, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Seri Dr James Dawos.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, hasrat mengundur diri itu disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinka­n beliau untuk meneruskan karier politiknya.

Sementara itu mengulas lanjut, Abang Johari juga Pengerusi BN Negeri memberitah­u, parti sehingga kini masih melakukan proses penilaian di peringkat akar umbi mengenai calonnya pada PRU sebelum dikemukaka­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malah antara perkara kita bincang pada mesyuarat tadi berkaitan kepentinga­n parti selain persediaan jentera PRU yang mana boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja,” tegasnya.

Beliau memberitah­u PBB sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU berkenaan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Abang Johari ketika bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MKT PBB di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Abang Johari ketika bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MKT PBB di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia