Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan meriah penduduk Lanang terima kunjungan calon berpotensi UPP

-

SIBU: Calon boleh menang Parti Rakyat Bersatu (UPP) di kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting Kee Nguan bersama rombongan Unit Bumiputera UPP Cawangan Dudong diketuai Sobri Sandom telah mengadakan kunjungank­e rumah panjang di kawasan Parlimen Lanang, baru-baru ini.

Kehadiran rombongan mendapat sambutan amat meriah daripada rakyat ka- wasan luar bandar kerana beliau memenuhi kriteria sesuai seperti yang diperlu pelbagai lapisan masyarakat luar bandar.

Rata-rata para penduduk di luar bandar memuji dan berharap Ting dapat dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Mereka juga berharap masyarakat di bandar sama- sama menyokong Ting sekiranya dipilih menjadi calon BN nanti.

Dalam kunjungan tempoh hari, Ting tidak putusputus menerima sokongan dan dorongan tinggi daripada masyarakat luar bandar meneruskan perjuangan rakyat selama ini ketinggala­n sejak Parlimen Lanang jatuh ke tangan pembangkan­g.

Menurut mereka, DAP langsung tidak mempun- yai kesungguha­n membantu rakyat dan hanya bercakap kosong.

Mungkin mereka boleh berbohong kepada masyarakat luar tetapi mereka terlupa bahawa masyarakat Iban juga ramai yang bekerja dan tinggal di kawasan bandar.

Maka itu, amat sesuailah Rancangan Sibu 1.0 diperkenal demi kepentinga­n masyarakat bandar dan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia