Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi kesan kru USS John Mccain diteruskan, kata Hishammudd­in

-

KLUANG: Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S. Mccain di timur perairan Johor akan diteruskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata usaha membantu SAR berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan hubungan negara khususnya dalam diplomasi pertahanan.

“Perkara ini (SAR) dibangkitk­an dalam mesyuarat Kabinet dan saya telah minta persetujua­n Kabinet supaya SAR ini diteruskan sehingga (keadaan) mangsa dikenal pasti.

“Saya juga berjumpa dengan Komander Pangkalan Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift baru-baru ini dan mereka ( Amerika) sangat menghargai usaha kita,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di sini semalam.

Hishammudd­in berkata ketika Malaysia menghadapi insiden MH370 dan MH17, sebanyak 26 negara tampil membantu Malaysia.

“Jadi, tidak ada sebab apabila mereka (Amerika) pula berhadapan dengan insiden seperti ini, kita hendak mengecuali­kan diri daripada membantu,” katanya.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata TLDM mempunyai hubungan baik dengan Tentera Laut Amerika dan tiada masalah untuk TLDM terus membantu walaupun operasi SAR bagi pihak Malaysia, yang diketuai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sudah ditangguhk­an.

Kelmarin, Ketua Pengarah APMM Datuk Zulkifili Abu Bakar mengumumka­n operasi SAR berkenaan ditangguhk­an susulan pengumuman daripada Hal Ehwal Awam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika yang berhasrat menangguhk­an sementara operasi mencari di laut bagi menumpukan usaha pencarian di dalam kapal USS John S McCain.

Dalam kejadian 5.40 pagi Isnin lepas di perairan Teluk Ramunia,

Johor, kapal USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarka­n di Liberia, menyebabka­n lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi hilang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia