Ligue 1: Neymar kurang menyerlah
PSG teruskan rentak kemenangan dengan tundukkan St Etienne 3-0
PARIS: Neymar memainkan peranan yang lebih terhad manakala Edinson Cavani menjaringkan dua gol dan Thiago Motta satu dalam kemenangan selesa 3- 0 Paris Saint-Germain (PSG) di tempat sendiri ke atas Saint-Etienne dalam Ligue 1 kelmarin.
Pemain paling mahal di dunia itu – yang menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan pertamanya sejak perpindahannya yang bernilai 222 juta euro (R1.07 bilion) dari Barcelona – tetap berpengaruh, dengan hantarannya yang mendahului kekasaran ke atas Cavani yang membawa kepada tendangan penalti pada babak pertama yang dijaringkan oleh pemain Uruguay itu.
Motta menjaringkan gol yang unik ekoran tendangan percuma Neymar selepas waktu rehat untuk menjadikannya dua gol sebelum Cavani melengkapkan kemenangan pada saat akhir untuk membolehkan PSG memelihara permulaan mereka yang sempurna dalam musim Perancis dengan em- pat kemenangan dari empat perlawanan.
“Kami sudah mencapai objektif kami untuk menduduki tempat teratas liga selepas perlawanan ini,” kata jurulatih PSG Unai Emery.
Saint-Etienne bertandang ke stadium Parc des Princes dengan rekod sempurna dan tanpa dibolosi sebarang gol dalam tiga perlawanan pembukaan mereka, tetapi sementara mereka amat teratur di bahagian pertahanan, kualiti mereka kurang di bahagian serangan.
Neymar bukan satu- satunya bintang sukan besar yang muncul di padang Parc des Princes apabila Steph Curry dari kelab Golden State Warriors dalam NBA (Persatuan Bola Keranjang Amerika Syarikat) melakukan acara sepak mula sebelum perlawanan berlangsung.
Emery memilih untuk merehatkan rakan Neymar dalam pasukan Brazil, Dani Alves dan Thiago Silva pada waktu sepak mula manakala Marco Verratti digantung selepas dilayangkan kad merah dalam kemenangan 6-2 ke atas Toulouse yang diilhamkan oleh Neymar pada Ahad lalu.
Javier Pastore, yang menjaringkan gol yang hebat dalam perlawanan itu, merupakan seorang daripada mereka yang disenaraikan dalam barisan pemain di tempat sendiri.
Pengaruh pemain tengah Argentina itu dibataskan oleh pasukan SaintEtienne yang bermain dengan lima pemain pertahanan, tetapi keputusan penalti yang kontroversi membolehkan PSG untuk memecah kebuntuan 20 minit selepas perlawanan berlangsung.
Dalam usaha untuk menyambut bola hantaran Neymar yang terkena pemain lain, Cavani terjatuh walaupun tersentuh sedikit sahaja oleh Saidy Janko ketika dia memasuki kawasan penalti.
Tendangan penalti diberikan dan pemain Uruguay itu menyumbat gol keempatnya dalam empat perlawanan liga pada musim ini.
A l p h o n s e Areola kemudian menafikan Jonathan Bamba di gawang lain untuk memastikan PSG mempertahankan kelebihan pada waktu rehat, sebelum gol kedua tiba enam minit selepas babak kedua bermula. N e y m a r m e r e m b a t tendangan percuma dan Marq u i n h o s mengawal bola ke laluan Motta, yang menyumbat gol liga pertamanya sejak Januari tahun lepas. Angel Di Maria kemudian menyaksikan tendangan percumanya melantun balik dari tiang sebelum Cavani menggunakan penyudah yang berkelas kepada bola hantaran lintang Thomas Meunier untuk menjadikan kedudukan 30 ketika masa berdetik pada minit ke-90. — AFP
Kami sudah mencapai objektif kami untuk menduduki tempat teratas liga selepas perlawanan ini. Unai Emery Jurulatih PSG