Utusan Borneo (Sarawak)

Ubat tahan sakit jadi peneman

Wendy tidak berputus asa walaupun ada masanya kurang bersemanga­t

-

Wendy melambaika­n tangan kepada penonton selepas memenangi acara terjun 3 meter papan anjal wanita.

Wendy, 24, berkata beliau bergelut dengan kecederaan belakang dan bahu sejak dua tahun lepas dan semakin serius tahun ini hinggalah beliau terpaksa melupakan kejohanan siri dunia tahun ini.

Sejak itu, katanya ubat penahan sakit sentiasa menjadi peneman setia sama ada ketika latihan ataupun selepas menjalani latihan.

“Saya mengucapka­n berbanyak-banyak terima kasih

Saya sangat gembira memenangi emas ini selepas bergelut dengan kecederaan dan telah melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke tahap ini. Wendy Ng Atlet terjun negara

kepada jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang tidak pernah berputus asa walaupun saya ada masanya kurang bersemanga­t.

“Kecederaan yang saya alami agak serius tetapi saya gembira kerana saya masih boleh berlatih. Semasa latihan, selepas latihan apa yang saya perlukan adalah ais dan ubat penahan sakit. Saya sangat bersyukur ISN, jurulatih dan rakan sepasukan membantu dan kami banyak berbual,” katanya.

Dalam acara 3 meter papan anjal wanita, Wendy mengumpul 342.90 mata untuk emas pertama acara itu, yang juga emas pertama beliau dalam acara individu.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mendedikas­ikan pingat emas buat nenek kesayangan­nya yang tidak dapat hadir di Pusat Akuatik Nasional semalam.

“Saya sangat gembira memenangi emas ini selepas bergelut dengan kecederaan dan telah melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke tahap ini.

Wendy akan beraksi dalam acara 1m papan anjal esok dan berganding­an dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa.

Sementara itu, Nur Dhabitah meraih pingat perak selepas mengumpul 311.25 mata diikuti penerjun Singapura Ashlee Tan Yi Xuan yang mengumpul 233.60 untuk gangsa. — Bernama

 ??  ?? HARGAI SOKONGAN:
HARGAI SOKONGAN:
 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK MANIS: Wendy menunjukka­n pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara 3 meter papan anjal.
— Gambar Bernama DETIK MANIS: Wendy menunjukka­n pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara 3 meter papan anjal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia